Tahukah anda, sebiji buah oren mengandungi vitamin, mineral dan serat makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh serta mengandungi kandungan kalori yang rendah sekitar 60 - 80 kcal kalori.
Umum mengetahui buah oren adalah anti-oksidan yang sangat baik. Ianya memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan kolagen. Pembentukan kolagen bukan sahaja dapat meransang kepada penghasilan tekstur kulit yang baik dan cantik malah ianya sangat diperlukan untuk pembentukan ligamen, tendon, pembuluh darah dan tulang.
Khasiat lain buah oren:-
- Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Sesuai diamalkan oleh ibu-ibu selepas bersalin.
- Membantu mencegah "Anemia"
- Mencegah kerosakan sel kulit akibat aktiviti radikal bebas
- Membantu mencegah penyakit jantung dengan mencegah kenaikan LDL (kandungan lemak jahat)
- Membantu mencegah kanser kerana memiliki agen perlindungan yang cukup tinggi.
- Sesuai juga di amalkan oleh ibu hamil kerana khasiat buah oren sangat bagus untuk perkembangan otak janin.
No comments:
Post a Comment