Wednesday 12 March 2014

Tips Kekal Cantik dan Muda


Bismillah...

Bila sebut pasal canti..sapelah yang tak nak cantik kan...ye dak???
Fitrah manusia, memang manusia mahu kekal cantik nak-nak orang perempuan, sbb itulah ramai yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit dan melakukan pembedahan yang
menyakitkan semata-mata nak nampak cantik. 

Memanglah menjadi amanah kita utk menjaga segala yang dihadiahkan oleh Allah swt sebaiknya tp agak-agakla yer, kalau da sampai mengubahkan kejadian-Nya tuh dah tak elok dah tu..di kira berdosa taw. Nauzubillah minta-minta dijauhkan

Oklah, taknak membebel panjang..hari nie saya nak share beberapa tips utk mengekalkan keserian wajah secara semulajadi dan yang penting tak menyakitkan taw!!?

TIPS CANTIK DAN MUDA

A) RAWATAN PAGI DAN MALAM 
Kulit wajah yang bersih semestinya dapat menyerap nutrisi dengan lebih cepat dan maksima. Tak kira setiap pagi dan malam, kebersihan kulit amat-amatlah perlu dititik beratkan. Jom ikuti rutian harian yang perlu dilakukan utk mendapatkan kulit yg cantik :-

PAGI - cuci muka menggunakan air suam dan muka perlu dilap menggunakan tuala bersih
              bagi mengelakkan bakteria merebak.
           - memilih pencuci wajah yang bersesuai dengan kulit wajah
           - menggunakan penyegar selepas mencuci muka untuk menutup kembali liang-
              liang roma yang terbuka ketika mencuci wajah
           - tidak dilupa krim perlindung untuk melindungi kulit dari sinaran cahaya matahari
              yang boleh menyebabkan kerosakan kulit dan pigmentasi.

MALAM - cuci wajah dengan bersih terutama untuk membuang sisa solekan.
                 - menggunakan penyegar muka untuk menutup kembali liang roma yang terbuka
                - menitik beratkan penggunaan krim malam serta krim mata untuk membaiki 
                   wajah ketika tidur.

B) Produk Anti-Penuaan
Penggunaan produk anti-penuaan perlu dimulakan sedari awal iaitu sekitar usia 20-an. Tetapi produk tersebut hendaklah dipilih sesuai mengikut usia kerana bahan yang tekandung d dalamnya dapat membantu melambatkan proses penuaan.
Dalam masa yang sama, tidak mengabaikan pola pemakanan dan mempraktikkan gaya hidup sihat.

C) Senaman
Akibat tekanan kerja dan persekitaran yang tidak menentu menyebabkan "stress" atau tekanan sekaligus membuatkan otot-otot wajah menjadi tegang dan mudah menimbulkan kedutan. Tahukah anda, mengunyah makanan lebih lama dan perlahan dikira sbg senaman wajah dimana gerakan otot ini selain bagus untuk metabolisme tubuh dan penghadaman.

E) Rehat yang berkualiti
Menjaga kualiti tidur dapat membolehkan tubuh berehat selain memproses dan memperbaiki sel di dalam tubuh. Justeru itu, tidur yang berkualiti adalah selama 6-7 jam sehari. Ketika tidur, hendakla pastikan bilik tidur dalam keadaan selesa, hindari tidur dalam keadaan televisyen atau lampu terpasang, sebarang bunyi-bunyian untuk memastikan anda berehat secukupnya.

F) Khasiat air putih
Acapkali diberitahu, tentang kebaikan air putih untuk kecantikan kulit . Semestinya pengambilan air putih secukupnya iaitu 3L sehari merupakan perkara WAJIB yang perlu dilakukan. Air putih mengandungi hidrogen, oksigen dan mineral yang dapat membantu melancarkan peredaran darah, membuang toksin dalam badan dan menghasilkan hormon yang baik. Akibat kekurangan air, akan menyebabkan kulit kering, kulit tampak kusam dan mempercepatkan proses penuaan.

G) PENGAMBILAN VITAMIN
Pengambilan vitamin A, C dan E yang secukupnya akan dapat membantu mendapatkan kulit yang sihat, bersih dan awet muda. Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dapat membantu melindungi dan memperbaiki sel-sel tubuh untuk awet muda.

Gambar Hiasan




Adakah Kita Perlukan Supplement?



Pernahkah kita terfikir adakah makanan yang kita ambil mencukupi zatnya untuk menampung keperluan tubuh? Tanpa kita sedar, peningkatan taraf hidup dan ekonomi menyebabkan lambakan makanan. Di ambil kira jadual kehidupan yang sentiasa sibuk menyebabkan soal penjagaan kesihatan dan kesempurnaan pemakanan terabai.

Akibat kekangan tersebut juga, ramai antara kita yang cuba untuk mendapatkan makanan yang berkualiti dan terbaik untuk membantu menguruskan kehidupan tetapi sebenarnya masih gagal menjaga pemakanan dengan sempurna. 

Kebanyakkan dari kita sedar dan tahu pemakanan yang kaya dengan vitamin dan mineral yang seimbang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Tetapi ramai juga antara kita yang mengambil mudah perkara ini dan mengabaikannya. Oleh sebab itu, sikap sebegitu sepatunya diubah! Pengambilan vitamin dapat membantu mengatasi masalah ini kerana seperti sedia maklum pengambilan multivitamin yang diambil setiap hari dapat menyediakan seribu satu kebaikan untuk kesihatan dan dalam jangka masa panjang dapat menampung keperluan zat pemakanan yang kurang dalam pemakanan anda.

KEPERLUAN SUPPLEMENT UNTUK TUBUH

Tanpa kita sedar, peningkatan usia menyebabkan kandungan nutrien juga berubah. Kajian menunjukkan bahawa walaupun individu tersebut mengamalkan pemakanan yg sihat penuh dengan vitamin tetapi ia tetap tidak dapat memenuhi keperluan tubuh terutama sekali di dalam kesibukan dan keadaan individu tersebut.

Maka sebab itu, supplement memainkan fungsi dan peranan yang penting dalam memastikan ia memberi manfaat kepada tubuh.
Secara umum, supplement dapat membantu dari segi :-

  • meningkatkan tahap tenaga
  • menjaga kesihatan jantung
  • meningkatkan sistem imunisasi badan
  • untuk kesihatan mata dan penglihatan
  • menjaga kualiti kulit sihat
Selain itu, ia juga dapat merawat penyakit yang berkaitan dengan masalah kekurangan vitamin . Antara individu yang sangat digalakkan mengambil vitamin ialah :-
  • pengamal diet yo-yo
  • wanita hamil dan menyusu anak
  • pesakit yg pelu mengikuti jadual pemakanan yg telah ditetapkan
  • perokok
  • pengamal vegetarian
  • peminum alkohol yang kerap
  • warga tua yg tidak boleh menyerap vitamin B12
  • golongan yang kerap memakan masakan yang dimasak panas. Ini kerana vitamin hilang dalam proses memasak.
Sebutir supplement multivitamin setiap hari dapat menampung keperluan zat tubuh. Malah ini juga merupakan kaedah yang paling berkesan untuk menggalakkan pengambilan mikronutrien. Perlu diingatkan, ketika mahu membeli multivitamin, anda disarankan untuk melihat gabungan vitamin dan mineral yang ada dan bukannya jumlah vitamin dan mineral yang terkandung didalamnya.

Pengetahuan ini sangat penting kerana supplement multivitamin yang baik seharusnya mempunyai gabungan zat pemakanan yang seimbang adn memenuhi keperluan vitamin dan mineral teras. Hanya dengan cara itu, barulah tubuh akan memperolehi semua kebaikannya

sumber :  Pa&Ma

Thursday 6 March 2014

PROMOSI ESP..BUY 6 FREE 1


Wowww..terbuntang mata bila tengok promosi bulan March ni..
Akhirnya yg ditunggu-tunggu dah tiba....bkn selalu nak ade promosi besar-besaran mcm gini. Meroyan sume sang pencinta ESP bila dpt taw khabar gembira ni..hihihih

Harini sy nak share keistimewaan lain tentang ESP ni, yelah..klu sebelum ni asyik cite pasal nak kurus amek ESP..nak tambah susu badan amek ESP..tp sebenarnya ESp ni mmg banyak keistimewaan nye n arini sy nak 'bongkar' rahsia tuh..jom baca ^_^


KHASIAT ESP DARI SUDUT KESIHATAN

a) ESP dapat meningkatkan penyerapan protein, mengatasi masalah angin dalam badan 
    dan ketidakselesaan perut akibat gastrik

b) Membantu mengurangkan paras kolestrol dalam darah sebanyak 23% ini kerana ESP
     mempunyai kandungan indeks glisemiks yg rendah iaitu 39  dan selamat utk diamalkan 
    oleh penghidap kencing manis.

c) 60 kajian telah dilakukan dan hasilnya menunjukkan protein soya dapat meningkatkan
    ketumpatan tulang dan membantu mengurangkan risiko penyakit Osteoporosis.

d) 2 kajian menunjukkan amalan ESP bersama Vitamin C secara serentak membantu 
    merendahkan 40% LDL (kolestrol buruk) yang membawa kepada risiko penyakit jantung
    dan darah tinggi.

e) ESP dapat menghalang pembentukan batu karang yg selalunya dialami oleh org lelaki.

f) ESP dapat mengelakkan kerosakan buah pinggang ini kerana protein soya ESP dapat 
    melindungi buah pinggang

g) Protein dan isoflavone di dalam ESP bertindak secara serentak untuk menghalang sel 
     tidak normal dari terus membiak menjadi sel kanser

h) Lysine dalam ESP amat baik dan jika diamalkan bersama Vitamin C dapat mengurangkan 
     risiko kanser usus sebanyak 90%

i) ESP dapat menggalakkan proses pemulihan sel-sel yg telah rosak dan digantikan  dgn sel
   sihat utk fungsi badan yg sempurna

j) ESP telah terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya

k) Membantu membina sel-sel otot, kulit dan hormon yang seimbang, menyokong sistem 
     imunisasi badan dan menyokong kesihatan jantung dan prostat (lelaki)

l) Mengawal "mood-swing" kepada wanita ketika PMS dan wanita menopaouse


Inilah istimewanya ESP..
Banyak khasiat dalam setiap canister..
Takperlu ragu-ragu utk amalkannya..
Sekali cuba mmg terus jatuh cinta jawabnya..

Sepanjang promosi ni, anda juga boleh menjadi ahli Shaklee secara percuma, dan merasai bonus RMXX.XX pd bulan berikutnya..best kan??
Nak taw macam mana??

Anda boleh hubungi sy terus 017-2376365 (whatsapp/sms).
Jgn tunggu lama2 utk decide..nanti anda juga yg rugi ^_^