Thursday 13 February 2014

Makan vitamin, tapi takde pape pon!!




"Huishhh, da berbotol-botol makan vitamin, tapi takde perubahan pon!! Malas lah nak amek agy"




Pernah tak korang alami situasi macam ini??
Saya yakin dan pasti ada segelintir yang pernah mengalaminya kan!?hihi
Tapi, pernah tak korang terfikir tentang keberkesanan supplement/vitamin itu berkait rapat dengan tubuh kita. 

Untuk pengetahuan, vitamin berperanan untuk melindungi tubuh daripada serangan penyakit. Seperti kita yang memerlukan makanan untuk hidup, tubuh juga memerlukan vitamin sebagai 'sokongan' untuk terus berfungsi dengan baik. Tetapi ramai orang di luar sana yang beranggapan vitamin seperti ubat, sedangkan vitamin diamalkan untuk sebagai sumber nutrisi kepada sel dan tubuh.

Berbanding ubat-ubatan, vitamin bertindak secara perlahan dan lembut kerana ianya dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi tanpa campuran bahan kimia. Ini adalah salah satu sebab, kesan vitamin sedikit lambat kesannya kerana tubuh memerlukan masa untuk terima kehadiran supplement yang sangat banyak khasiatnya. Saya yakin dan pasti, setiap antara korang pasti pernah mengalami masalah HEALING CRISIS

APA TUH HEALING CRISIS?? Kalau korang nak tahu, healing crisis ni adalah proses tindak balas tubuh terhadap supplement akibat dari tabiat pemakanan dan tubuh seseorang. Kesannya adalah berbeza mengikut tubuh masing-masing..dan tempohnya bergantung kepada daya tahan tubuh korang..ada yang cuma alaminya selama 2 minggu dan mungkin lebih.

Ok lah!? taknak cakap banyak2..nie saya listkan beberapa perkara asas yang perlu dititik beratkan dan diamalkan supaya korang mendapat manfaat dari supplement yang korang amalkan.

  • Amalkan air kosong sekurang-kurang nya 3L sehari - ini sangat penting kerana air kosong@air masak dapat menyingkirkan sisa toksin dalam badan selain memudahkan tubuh menerima nutrien dr vitamin 
  • Sabar, disiplin dan konsisten - macam yg diberitahu tadi, vitamin bertindak secara perlahan dan lembut. So, korang kena banyak2 bersabar dan yakin dengan vitamin yg diambil. 
  • Jaga pemakanan 
  • Bersenam - INGAT YA!? tiada istilah 'shortcut' utk sihat, walaupon mengamalkan vitamin..aktiviti fizikal tak boleh ditinggalkan terutama bagi mereka yg amalkan vitamin utk menurunkan berat badan. Vitamin hanya membantu mempercepatkan proses tersebut shj
  • Kurangkan pengambilan minuman bergula/berkafein - korang perlu ingat ya, minuman berkafein membantutkan penyerapan vitamin oleh tubuh dan adalah rugi kalau korang memandang enteng perkara ini. 

So cuba tengok balik..ada tak korang amalkan perkara di atas. Kalau ada sila lah ubah tabiat tersebut supaya tubuh korang mendapat manfaat drpd vitamin yg korang amalkan tuh. 

Adalah sangat rugi kalau korang beli vitamin banyak2..mahal2 tapi tak dapat pape perubahan pon.. ^_^


Shaklee Independent Distributor,
SID : 888944
017-2376365

Monday 10 February 2014

MENJANA PENDAPATAN BERSAMA SHAKLEE

Bismillah,

Pejam celik!! pejam celik!!da 5 bulan saya bersama Shaklee, dari seorang pengguna kini saya menjadi salah seorang distributor untuk supplement hebat ni!!! Insya-Allah saya berazam untuk bergelar seorang SUPERVISOR pada akhir bulan Feb ni, doakan yer ^_^

Mengimbas kembali semasa pertama kali berkenalan dgn Shaklee nie adalah melalui seorang kawan opis saya. Mendengar pengalaman dia berdiet dgn Shaklee memang sangat mengujakan hihihi!! Bermula dari situ, saya mula mendapatkan khidmat Mr Google..dan dari situ saya banyak mengetahui tentang supplement ni. Mula-mula tuh memang la ragu-ragu, tapi dikuatkan azam dan berbekalkan semangat maw kurus (wah!!! da mcm nak g berperang daa..hihi) saya beranikan diri mencuba supplement ni.

LECITHIN... inilah supplement pertama yang saya amalkan. Memang jatuh cinta terus u'olls. Mana taknya, kalau dulu pakai baju mcm sendat sikit..tapi setelah sebulan mengamalkannya dgn kosisten..baju yg dulunya ketat terus longgar hokeyyy..Memang best sesangat bila segala impian menjadi kenyataan..hihihi!!Chewahhhh... 

Bermula dari detik itulah, saya berminat untuk terus bersama dengan Shaklee. Drpd niat untuk mencuba terus menjadi distributor. Memang tak percaya, saya akan terkait dengan bisnes MLM hihihi!! Yelah, kalau dulu bila sebut bisnes MLM memang terus geleng kepala.. tak berminat langsung tapi segala pandangan itu berubah selepas berkenalan dgn bisnes Shaklee ini. Dengan modal hanya RM65 seumur hidup saya mampu meraih bonus bulanan 3 angka yer...insya allah, doakan untuk bonus 4,5,6 angka plak lepas ini yer hihihi!!

Amacam, teruja tak??Nak taw lebih lanjut..meh2 scroll ke bawah baca sampai abes taw ^_^

Untuk permulaan korang perlu la mendaftar dengan Shaklee dulu bayarannya cuma RM 65 shj seumur hidup (tak termasuk postage Sem Malaysia Rm10 / Sabah&Sarawak RM20)


KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE

  • Anda dapat membuat pembelian dengan harga ahli. Penjimatan hingga 15%-20% bagi setiap produk yang ditawarkan.
  • Tidak perlu untuk keluar atau berkejar mencari pelanggan
  • Tak perlu untuk meyimpan stock dirumah
  • Kelas bimbingan akan dberikan secara online @offline. Anda juga akan di add di secret group di Facebook dan disana anda dapat berbincang, sharing on marketing, consultation, product knowledge, motivasi dan lain-lain
  • Tidak perlu "head-hunting" untuk mencari downline.
  • Mendapat tips perniagaan/teknik perniagaan bersama Master yang berpengalaman.
Salah satu keistimewaan Shaklee adalah kita tidak perlu untuk maintain point sekiranya cuma untuk makan sendiri.  Tetapi sekiranya anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee, anda perlu dapatkamengumpul dan maintain point tertentu, Kalau hanya mahu makan sendiri atau berkongsi dengan sedara mara..anda tidak perlu nak maintain point tertentu atau minimum purchase.


ANDA BERMINAT ???

Hubungi saya : 017-2376365 (whatsapp /sms)
SID : 888944 
SAIDATUL AKMA


" MIRACLE WILL HAPPEN WHEN YOU BELIEVE"

Saturday 8 February 2014

8 TIPS UNTUK KEKAL LANGSING DAN KURUS

Bismillah..

Hari nie, sy nak share tips yang boleh membantu anda yang sememangnya serius mahu mendapatkan bentuk badan yang langsing dan kurus. Saya pasti ramai yang sanggup berhabis beribu ringgit semata-mata untuk mendapatkan bentuk badan yang diingini sampai sanggup berlapar, melakukan pembedahan dan sebagainya. 

Lupakan segala menda tuh semua, apakata kite UBAH ke cara yang lebih selamat dan meyakinkan. Jom ikuti tips dibawah ni, amalkan dan saya yakin hasilnya pasti seperti yang anda idamkan..

8 TIPS UNTUK KEKAL LANGSING DAN KURUS

1. KAWAL PEMAKANAN ANDA
- Pastikan anda berhenti makan sebelum anda rasa kenyang atau terlalu kenyang.
- Tahukah anda, setiap lebihan makanan dan kalori yang anda makan akan bertukar menjadi
   LEMAK, jika tidak dibakar melalui aktiviti harian anda
- FAKTA : Setiap 8000 unit kalori di dalam badan , akan membawa kepada pertambahan
   berat badan sebanyak 1KG

2. KURANGKAN KARBOHIDRAT, LEBIHKAN PROTEIN
- Tahukah anda, pengambilan karbohidrat dalam kuantiti yang banyak boleh 
    mengemukkan anda.
- Sebenarnya, karbohidrat mampu memberi rasa kenyang dalam tempoh yang singkat
   iaitu sekitar 2 jam sahaja dan kemudian anda akan rasa lapar semula. 
- Berbeza dengan protein, ia akan memberi rasa kenyang lebih lama tetapi anda perlu 
   mengambil protein yang tinggi BV (Biological Value) pada waktu pagi dan  berbanding 
   dengan waktu malam. Jika tidak, protein tersebut yang berlebihan itu juga boleh ditukar
   menjadi lemak.

3. JANGAN BERLAPAR (MAKAN PADA MASA YANG TEPAT)
- Untuk mendapatkan menurunkan berat badan, anda WAJIB mengambil sarapan pagi 
   dan jangan sesekali anda berfikir untuk skip sarapan pagi kerana pengambilan sarapan
   dapat meningkatkan metabolisma badan 
- Anda sangat digalakkan makan setiap 2 jam dan selangkan dengan snek yang sihat seperti 
   buah-buahan, supaya anda tidak terlalu lapar.
- Kadar metabolisma akan menurun selepas jam 7.00 malam. Setiap makanan yang diambil 
   selepas waktu tersebut akan dicerna dengan perlahan dan menyebabkan kegemukan.

4. ELAKKAN MINUMAN BERGULA DAN BERKAFEIN
- Tahukah anda, kandungan gula dalam minuman air berkarbonat adalah sangat tinggi iaitu
   7-8 sudu gula bagi setiap hidangan
- Selain menyebabkan masalah kegemukan, pengambilan gula yang berlebihan akan 
   menyebabkan masalah kencing manis.
- Pengambilan kafein dapat menyebabkan penurunan kadar metabolisma badan. Selain itu,
   ia akan menyingkirkan segala nutrien seperti vitamin daripada badan anda. Jadi, sekiranya
   anda ada mengamalkan vitamin tambahan dan jika diambil bersama kafein adalah sia-sia 
   kerana tidak mampu diserap oleh tubuh anda.

5. MINUM AIR KOSONG 8 GELAS SEHARI
- Air kosong sangat bagus untuk tubuh kerana 75% kandungan badan adalah air
- Pengambilan air kosong sebanyak 8 gelas (2-3 liter) sehari dapat membantu anda
   menurunkan berat badan.
- Pengambilan air kosong yang secukupnya dapat menyingkirkan sisa-sisa toksin / bahan 
   perkumuhan yang tidak diperlukan oleh tubuh.
- Lemak juga dapat disingkirkan melalui air kencing dan peluh

6. LAKUKAN SENAMAN RINGAN
- Setiap dari anda, yang mahu mendapatkan tubuh yng langsing perlu melakukan senaman
   ringan sekurang-kurangnya 30 minit sehari.
- Tahukah anda, berjalan kaki juga telah dianggap sebagai satu senaman. Ia dapat 
   membantu mengeluarkan peluh dan menjalani hidup yang sihat.

7. PILIH PROGRAM DIET YANG TERBAIK
- Jangan sesekali anda memilih untuk kurus dengan mendapatkan rawatan di mana-mana
   slimming center. Ini bukan sahaja mebazirkan wang malah anda akan dipaksa untuk
   mengikut segala program diet yang sangat ketat yang dibuat oleh mereka.
- Tiada jalan pintas untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik, selain menjalani
   kehidupan dengan cara yang sihat dan selamat

8. POSITIFKAN DIRI
- Utk mendapatkan hasil yang memuaskan, anda perlu membuat target yang ingin anda 
   capai dalam misi ini.
- Setiap taget yang dibuat perlulah diikuti dengan disiplin dan konsisten.
- Adalah tidak digalakkan untuk menimbang berat badan setaip hari, memadai menimbang
   berat seminggu sekali bagi mengelakkan rasa kecewa sekiranya tiada penurunan berlaku,




Bahaya ANEMIA!!!

Bismillah,

Kelmarin belek-belek google, tetiba terjumpa plak dengan artikel tentang Anemia. Sebelum ni, bila orang cakap pasal Anemia buat-buat tak faham aje..tiba-tiba tergerak hati plak nak taw lebih lanjut tentang penyakit ni..Masya-Allah! berbahaya juga penyakit ni dan hari nie saya nk berkongsi serba sedikit ilmu yang sy belajar agar dapat dimafaatkan bersama. (:



 APA ITU ANEMIA?
Anemia atau dalam erti kata lain yang mudah difahami iaitu masalah kurang darah merah. Seperti yang kita tahu, darah merah berfungsi membawa bekalan oksigen makanan ke tisu badan untuk kegunaan harian. Darah merah merupakan sel darah utama selain sel darah putih dan platlet. 

Seseorang yang menghidap masalah ini akan menyebabkan kemerosotan tahap kesihatan kerana bekalan oksigen makanan tidak sampai ke tisu badan dan menyebabkan fungsi tisu terganggu , malah lebih merisaukan ia boleh menyebabkan tisu 'mati' atau tidak berfungsi.

Tahukah anda? kandungan sel darah merah adalah berbeza mengikut kategori iaitu :-

  1. LELAKI - 13g/dl
  2. WANITA DEWASA - 12g/dL
  3. KANAK-KANAK - 11g/dl
SIMPTOM2 ANEMIA
  • pesakit mengalami masalah keletihan
  • lemah anggota badan
  • hilang daya tumpuan
  • pening
  • loya
  • muntah
  • berpeluh
Tetapi, jika seseorang itu menghadapi paras darah merah yang sangat rendah, pesakit akan mengalami sesak nafas, jantung berdebar dan sakit dada. Masalah ini berlaku kerana jantung terpaksa mengepam darah dengan lebih dari biasa disebabkan jumlah darah yang membawa bekalan oksigen dan makanan ke tisu berkurangan. Ini boleh menyebabkan masalah serangan jantung.

FAKTOR2 ANEMIA
Masalah kekurangan darah merah berlaku atas beberapa faktor seperti :-
  • Kegagalan sum-sum tulang berfungsi
  • Faktor keturunan@genetik
  • Kekurangan bekalan zat seperti zat besi, asid folik dan B12.

Kitaran darah merah adalah 100-120 hari. Ia akan pecah dan digantikan dengan darah merah yang lain. Namun, ada beberapa penyakit dan keadaan yang boleh menyebabkan darah merah ini pecah lebih awal dari sepatutnya.

Anemia juga boleh berlaku disebabkan pendarahan. Ini bukan sahaja berlaku ketika kemalangan tetapi disebabkan masalah ulser pada lapisan perut, masalah sakit puan, di mana wanita hilang darah merah apabila mengalami haid yang banyakdan dalam jangka masa yang panjang atau haid yang kerap daripada biasa.

Oleh itu, beberapa ujian perlu dilakukan untuk mengesahkan penyakit ini selain mengenal pasti punca berlakunya masalah ini.

Selain ujian darah, pengambilan sampel sum-sum tulang perlu dilakukan iaitu kaedah dimana sampel diambil daripada tulang pinggul pesakit.

Rawatan untuk penyakit ini adalah berbeza bergantung kepada penyebab berlakunya masalah tersebut. Pengambilan sayuran dan pemakanan yang kata dengan asid folik dan vitamin B12 adalah digalakkan. 

Makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging merah juga sangat digalakkan selain pengambilan vitamin tambahan sebagai salah satu rawatan bagi merawat penyakit ini.

Wednesday 5 February 2014

Vita-Lea Iron Formula

Bismillah..

Pejam celik..pejam celik!! da masuk bulan Februari rupanya. Macam biasalah setiap bulan Shaklee akan menawrkan harga promosi utk produknya dan bulan nie adalah bulan utk VITA-LEA IRON FORMULA yeayyy!!! Jom kita tengok apa yang best tentang Vita-Lea ni..cekidaut!!!!

Kalau korang semua nak tahu, nama asal Vita-Lea ni adalah "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-min" dan perkataan vitamin yang disebut kini aslanya dari Shaklee. Istimewanya juga Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertam dicipta di dunia iaitu pada tahun 1915. 




DULU

SEKARANG


Berikutan peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tabletnya mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak dari sayuran dan buah-buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Vita-Lea juga merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus-usus kecil. Selain itu, tablet Vita-Lea juga disaluti dengan serbuk nutrisi yang dikenali sebagai Spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dengan teknologi eksplosif yang kompleks disebut sebagai "Explo-Tab"

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65% dan Vita-Lea juga telah dipilih oleh Center of Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN  di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Manfaat Utama Vita-Lea

a) Penambah Tenaga Segera - memberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental,     sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja 
    seharian.

b) Pelengkap Nutrisi - kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan 
     diet yang tidak seimbang, terutama bagi mereka yang mengamalkan sayuran 
     (vegetarian) dan anamei (kekurangan darah merah)

c) Keupayaan Sistem Produktif - Amat penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan
    remaja.

d) Metabolisma - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan 
     proses penuaan.

e) Elemen penting pada sel tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, 
     pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kuku,
     kulit dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.

f) Melindungi Organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.


Siapa yang memerlukan Vita-Lea ??

  • Individu yang tidak lengkap diet hariannya
  • Lelaki - sesuai untuk semua peringkat umur
  • Remaja yang sedang membesar
  • Individu yang sudah menopous
  • Individu yang ingin meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Wanita yang sentiasa mementingkan kesejahteraan kesihatan
  • Ibu mengandung, ibu hamil dan ibu yang sedang berpantang.

So apa tunggu lagi!? Jom la dapatkan multi-vitamin terbaik untuk seisi keluarga..dari si anak hingga org yang lebih dewasa. Nak..nak bulan nie adalah promosi utk Vita-Lea, dapatkan ia dgn harga yang mmg dijamin superrr jimat dan murahh!! Setiap botol boleh bertahan hingga 2 bulan yer. Grab sekarang ^_^


SID : 888944
Whatsapp : 017-2376365