Tuesday 20 January 2015

Warung Saga Terbaek!

Entri hari ni saya nak share tentang salah satu tempat makan yang harus dikunjungi teritama untuk warga Johor.

Pertama kali menjejakkan kaki di sini memang saya terpegun sangat. Sebab warung ni dihiasi dengan gambar2 para pemimpin Malaysia, Johor, gambar2 artis terdahulu dan piring2 hitam. Unik sangat!

Makanan yang disediakan juga memang sedap dan menyelerakan. Lupa nak bgtahu, nama Warung Saga ni diilhamkan dari nama kereta nasional pertama Malaysia hihihi

Oh ya! Bagi yang tak tahu tempatnya, warung ni berada di Jalan Mahmodiah bersebelahan dengan stesen Petron.

Monday 19 January 2015

Cara Mengatasi Tekanan



"Arghhhhh,tensionnnnnnn!!". Stress atau tekanan perasaan akan membuatkan anda mengalami masalah kemurungan dan kesedihan. Ianya berlaku atas beberapa faktor seperti masalah percintaan, kerja, keluarga, rakan-rakan dan sebagainya. Jika anda inginkan kehidupan yang bahagia dan ceria, kita harus bijak dalam mengatasi perasaan berikut.

Disini ada beberapa tips yang ingin dikongsi, semoga bermanfaat :-

a) Jangan tinggal Solat
Bagi yang beragama Islam, menunaikan solat 5  waktu setiap hari adalah menjadi kewajipan yang perlu ditunaikan selain menunaikan solat-solat sunat. Dan jangan lupa untuk menadah tangan berdoa supaya diberi petunjuk dalam menyelesaikan masalah.

b) Sentiasa berfikiran Positif
Sedih? Murung? kenapa perlu bersedih?
Anggap sahaja dugaan dari sudut positif  dan mengaggap setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kuatkan semangat dan mengubah diri untuk menjadi lebih baik.

c) Kawal Emosi
Dalam keadaan tekanan, biasanya mood seseorang itu akan sentiasa berubah-ubah. Adakala dalam mood marah, sedih dan jiwa kecamuk.  Dalam keadaan ini, adalah penting untuk kawal emosi dan tidak bertindak mengikut perasaan. 

d) Bersendirian
Jiwa yang bercelaru perlu diatasi dengan ketenangan. Ambil masa untuk bersendirian dengan berehat ke tempat-tempat yang dapat membantu merehatkan minda dan membuat keputusan dengan fikiran rasional

e)Luangkan masa bersama yang tersayang
Dalam keadaan tekanan, sokongan dari mereka yang tersayang terutama dari keluarga dan rakan-rakan adalah sangat diperlukan. Melakukan aktiviti bersama seperti makan malam dan beriadah dapat menimbulkan suasan ceria dan tenang.

Thursday 8 January 2015

Toksin? Kenapa perlu disimpan..Jom DETOKS


Apa itu toksin? Toksin adalah bahan buangan beracun yang terdapat dalam tubuh akibat dari kualiti udara yang tidak sihat serta gaya pemakanan yang tidak seimbang dalam kehidupan seharian. 

Toksin yang terkandung terlalu lama dalam tubuh akan mempengaruhi stamina dalam aktiviti seharian masalah penuaan dan masalah kesihatan lain.

Tanda-tanda toksin berlebihan dalam badan :-

  • daya ingata yang lemah dan mudah rasa cemas
  • masalah migrain dan sakit kepala
  • kenaikan berat badan; selulit
  • sistem imunisasi yang lemah, alahan dan masalah sinus
  • sering mengalami keletihan dan kurang bertenaga
  • masalah nafas dan mulut berbau
  • masalah insomnia (sukar tidur!)
  • masalah pencernaan (sembelit, perut kembung)

JADI, APA PERLU DIBUAT?


Detoks adalah proses penyingkiran bahan buangan atau toksin yang tidak diperlukan dari tubuh. Ianya dapat memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan lebih efektif dan
kulit lebih segar dan bersih.

Tahukah anda, cara terbaik untuk melakukan proses detoks ini adalah selama 40 hari. Ini kerana tubuh memerlukan masa untuk menyingkirkan segala racun dan bahan toksin dalam tubuh. Disebabkan itulah ramai menyifatkan puasa adalah cara detoks terbaik untuk tubuh.

Untuk anda yang ingin kurus, DETOKS adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan bagi membersihkan usus supaya penyerapan vitamin berlaku dengan lebih berkesan dan lebih optimum.

Wednesday 7 January 2015

Ostematrix


Ostematrix adalah makanan tambahan yang terbaik dihasilkan oleh Shaklee khusus untuk kesihatan tulang terutama bagi anda yang tidak begitu menggemari susu seperti saya. 

Tahukah anda, Ostematrix telah terbukti secara klinikal dapat meningkatkan kadar penyerapan kalsium oleh tubuh sebanyak 99%.  Formulanya yang unik  kerana dihasilkan dari mineral semulajadi dan garam mineral seperti magnesium, boron, fosforus, vitamin D dan zinc.


Manfaat utama dalam sebotol Ostematrix :-

a) Memperbaiki kebas-kebas dan kekejangan otot
  • Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur dapat memperbaiki masalah kekejangan, kebas-kebas, sakit sendi  dan artritis
b) Penyumbang kalsium terbaik untuk kesihatan tulang dan menghalang masalah Osteoporosis selain dapat membantu mengatasi masalah seperti :-
  • kuku rapuh dan keguguran rambut
  • eczema (masalah kulit)
  • masalah gusi berdarah
  • merawat tulang retak
  • meransang pemekatan darah
c) Mengurangkan stress atau tekanan dan memelihara denyutan jantung

d) Membantu mengatasi masalah haid
  • Kajian menunjukkan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium secara serentak dapat meringankan sakit ketika haid (senggugut) dan melancarkan pembuangan air kecil
e) Pengambilan secara konsisten dapat membantu mengatasi masalah obesiti di usia tua kerana kalsium dapat membantu sel menyerap nutrien dan meransang detoksifikasi.


Tahukah anda :

- Pengambilan kalsium dan magnesium secara serentak dapat memberikan kadar penyerapan yang lebih baik dan ketidakseimbangan dua unsur ini akan menyebabkan penyakit seperti batu karang.

- Ostematrix mempunyai keistimewaan tersendiri kerana satu tablet Ostematrix bersamaan dengan 1 gelas susu tinggi kalsium dan 80 biji badam.


Pada saya ostematrix memang terbaik! 
Sebelum tidur telan 4 biji dan anda akan rasaii kelainannya sendiri!
Nak tahu lebih lanjut? Contact saya segera...konsultasi percuma diberikan 


Saidatul Akma
017-2376365
sms/whatsapp



Tanda-tanda Kekurangan Kalsium



Tanda-tanda Kekurangan Kalsium

a) Otot & Saraf
  • kekejangan otot
  • nafas berbunyi (wheezing)
  • sukar menelan (tekak perit)
  • kekejangan otot
  • penyakit sawan
  • kaki/tangan kebas
b) Jantung
  • ketidakseimbangan hormon (mudah marah!)
  • sering alami sesak nafas
c) Kulit
  • tekstur rambut yang kasar
  • kuku mudah patah (rapuh!)
  • kulit kering
Tanda-tanda lain kekurangan kalsium :-
  • susah tidur (insomnia)
  • eczema (penyakit kulit)
  • gigi mudah rapuh
  • paras kolestrol tinggi
  • kebas kaki dan tangan
  • perasaan berdebar-debar
  • mudah jatuh sakit - sistem imun yang lemah
  • kitaran haid tidak teratur

Kalau anda mengalami simptom-simptom di atas, tolong jangan pandang mudah yer!






Monday 5 January 2015

Herb-Lax

Dikenali juga sebagai JULAP yang berfungsi secara lembut dalam memudahkan proses pelawasan. Herb-lax dihasilkan dari ramuan kombinasi sains perubatan dan traditional 
seperti alfalfa leaves, daun senna, anise seed, fennel seed, culver root, maltra flower, licorice rrot, rubharb root dan backhorn bark. 

pokok daun senna


Seperti sedia maklum, daun senna adalah salah satu ramuan yang penting kerana ianya bersifat panas dan kering. Daun senna telah digunakan sebagai pelawas sejak turun - temurun dan ada juga riwayat mengatakan Rasulullah pernah bersabda tentang khasiatnya dalam pelawasan. Selain itu, ianya berfungsi dalam merawat penyakit lain seperti :-

  • sembelit
  • kecacingan
  • anemia
  • batuk
  • thypod
  • athritis



MANFAAT UTAMA HERB-LAX
  1. Membantu proses pembersihan najis yang tersekat di dalam usus
  2. Membantu mengatasi masalah sembelit dan buasir
  3. Membantu mengempiskan perut dan fungsi penting dalam proses menurunkan berat badan. 
  4. Membantu membuang toksin dalam badan
  5. Sesuai diamalkan sebagai teh herba

Perhatian!
Mereka yang mempunyai sistem penghadaman yang lemah akan mengalami cirit-birit pada peringkat awal pengambilan. Manakala di bawah kondisi normal, Herb-Lax akan menampakkan kesan dalam tempoh 8-12 jam pengambilan. 

Konsultasi percuma dan terbaik akan diberikan!

BERMINAT?

SAIDATUL AKMA
017-2376365
whatsapp/sms

Sunday 4 January 2015

Kenapa Diet Selalu GAGAL???

Gambar Hiasan

Memiliki bentuk badan yang cantik dan kurus memang menjadi idaman setiap wanita. Tapi tak semua yang bertuah memiliki tubuh bak kerengga seperti ini hihihi!! Disebabkan itu, ramai wanita yang mengambil tindakan ekstrem dengan berdiet secara teruk sehingga mengabaikan kesihatan diri dan akhirnya memakan diri sendiri.

Disini saya kongsikan 3 perkara WAJIB yang perlu dilakukan sekiranya anda sedang berdiet. Jom ikuti tips berikut dan lihat hasilnya yang pasti tidak mengecewakan.

TIPS 1 : KAWAL PEMAKANAN
Ya! dalam berdiet anda perlu pantau dan kawal pemakanan anda. Saya tahu bukan mudah untuk melakukannya ini kerana saban waktu kita dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan dan lauk pauk yang sangat menyelerakan yang tak mungkin ditolak hihi.

Makanan berkarbohidrat seperti nasi dan roti perlu dikurangkan ya! Saya ulang sekali lagi... perlu DIKURANGKAN dan bukannya dihindarkan. Pada saya cukup, pengambilan nasi@roti perlu diambil sehari tetapi lebihkan sayuran dan buah-buahan. 

Tahukah anda,  makan secara kerap sebanyak 5 kali sehari dapat menurunkan berat badan. Tak percaya? Tetapi itulah hakikatnya, proses penghadaman berlaku setiap 4-5 jam, dalam tempoh tersebut kita akan cepat berasa lapar! Jadi untuk mengawal rasa lapar berlebihan anda perlu makan dengan kerap TETAPI dalam kuantiti yang sedikit. 

TIPS 2 : BERSENAM
Ramai yang mengabaikan aktiviti bersenam dan menganggap cukup sekadar mengawal pemakanan sahaja. ITS A BIG NOOOO...Bersenam, berjogging adalah aktiviti sihat yang bukan sahaja bagus untuk jantung malah dapat membantu membakar kalori dengan cepat!

Kalau anda seorang suri rumah! jangan risauuuuu...anda boleh amalkan kerja-kerja rumah seperti mengemop, menyapu sebagai aktiviti sampingan untuk keluarkan peluh! Kan best kalau sihat dan kurus secara semulajadi. Mengamalkan supplement juga boleh membantu dalam menurunkan berat badan tetapi jangan sekali-kali melupakan aktiviti bersenam ya!

TIPS 3 : MINUM AIR 2-3 LITER
Jangan salah faham yer awak2, akak2 semua...minum air tuh bukan la bermaksud suruh korang minum air coke, pepsi segala bagai air manis-manis tuh semua. Yang dimaksudkan saya ni, adalah air putih@air masak. Pengambilan air putih secukupnya dapat membantu dalam proses penghadaman dan membuang toksin-toksin dalam badan. Akibat dari toksin akan menyukarkan proses penurunan berat badan. Ingat ya! kurangkan pengambilan air manis dan kafein ketika berdiet.

Tinggalkan diet yang merepek-repek tuh!
Cukup anda amalkan 3 perkara diatas dan ditambah dengan pengambilan supplement yang sesuai seperti Shaklee untuk hasil yang mengagumkan!


YANG SEDIA MEMBANTU:

SAIDATUL AKMA 

017-2376365 (SMS/WHATSAPP)