Sunday 4 January 2015

Kenapa Diet Selalu GAGAL???

Gambar Hiasan

Memiliki bentuk badan yang cantik dan kurus memang menjadi idaman setiap wanita. Tapi tak semua yang bertuah memiliki tubuh bak kerengga seperti ini hihihi!! Disebabkan itu, ramai wanita yang mengambil tindakan ekstrem dengan berdiet secara teruk sehingga mengabaikan kesihatan diri dan akhirnya memakan diri sendiri.

Disini saya kongsikan 3 perkara WAJIB yang perlu dilakukan sekiranya anda sedang berdiet. Jom ikuti tips berikut dan lihat hasilnya yang pasti tidak mengecewakan.

TIPS 1 : KAWAL PEMAKANAN
Ya! dalam berdiet anda perlu pantau dan kawal pemakanan anda. Saya tahu bukan mudah untuk melakukannya ini kerana saban waktu kita dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan dan lauk pauk yang sangat menyelerakan yang tak mungkin ditolak hihi.

Makanan berkarbohidrat seperti nasi dan roti perlu dikurangkan ya! Saya ulang sekali lagi... perlu DIKURANGKAN dan bukannya dihindarkan. Pada saya cukup, pengambilan nasi@roti perlu diambil sehari tetapi lebihkan sayuran dan buah-buahan. 

Tahukah anda,  makan secara kerap sebanyak 5 kali sehari dapat menurunkan berat badan. Tak percaya? Tetapi itulah hakikatnya, proses penghadaman berlaku setiap 4-5 jam, dalam tempoh tersebut kita akan cepat berasa lapar! Jadi untuk mengawal rasa lapar berlebihan anda perlu makan dengan kerap TETAPI dalam kuantiti yang sedikit. 

TIPS 2 : BERSENAM
Ramai yang mengabaikan aktiviti bersenam dan menganggap cukup sekadar mengawal pemakanan sahaja. ITS A BIG NOOOO...Bersenam, berjogging adalah aktiviti sihat yang bukan sahaja bagus untuk jantung malah dapat membantu membakar kalori dengan cepat!

Kalau anda seorang suri rumah! jangan risauuuuu...anda boleh amalkan kerja-kerja rumah seperti mengemop, menyapu sebagai aktiviti sampingan untuk keluarkan peluh! Kan best kalau sihat dan kurus secara semulajadi. Mengamalkan supplement juga boleh membantu dalam menurunkan berat badan tetapi jangan sekali-kali melupakan aktiviti bersenam ya!

TIPS 3 : MINUM AIR 2-3 LITER
Jangan salah faham yer awak2, akak2 semua...minum air tuh bukan la bermaksud suruh korang minum air coke, pepsi segala bagai air manis-manis tuh semua. Yang dimaksudkan saya ni, adalah air putih@air masak. Pengambilan air putih secukupnya dapat membantu dalam proses penghadaman dan membuang toksin-toksin dalam badan. Akibat dari toksin akan menyukarkan proses penurunan berat badan. Ingat ya! kurangkan pengambilan air manis dan kafein ketika berdiet.

Tinggalkan diet yang merepek-repek tuh!
Cukup anda amalkan 3 perkara diatas dan ditambah dengan pengambilan supplement yang sesuai seperti Shaklee untuk hasil yang mengagumkan!


YANG SEDIA MEMBANTU:

SAIDATUL AKMA 

017-2376365 (SMS/WHATSAPP)





No comments:

Post a Comment