Saturday 20 December 2014

Zuriat..... Anugerah Terindah!!!

Zuriat adalah anugerah terindah dari Allah s.w.t. Setiap pasangan yang berkahwin tentu sekali menginginkan kehadiran zuriat bagi menambah keceriaan dan kesempurnaan dalam rumah tangga. Namun tidak semuanya bertuah, ade antara pasangan diuji oleh Allah dalam waktu yang cukup lama.

Usah risau dan berputus asa, teruskan mencuba dan berikhtiar agar rezeki menyebelahi kalian. Oleh itu, sebagai salah satu usaha, saya mahu memperkenalkan SET KESUBURAN dari Shaklee sebagai langkah usaha untuk merealisasikan impian yang selama ini ingin dikecapi.


a) Set Suami

Vitamin E Complex
  • berfungsi menyuburkan sel-sel dan organ reproduksi kaum adam
  • membantu melancarkan saluran darah
Zinc Complex
  • zat yang sangat penting dalam proses pembentukan hormon testosterone
  • memberikan tenaga untuk sperma bergerak lebih aktif menuju ke ovari
  • berperanan dalam pembentukan genetik iaitu DNA (Deoxyrilbose Nucleid Acid)

b) Set Isteri

Alfalfa Complex
  • sangat baik diamalkan oleh wanita terutama dalam mengatasi masalah keputihan, masalah haid tidak teratur, senggugut, sakit pinggang yang melampau kitika sedang haid (diamalkan bersama kalsium - ostematrix)
  • membantu dalam hubungan suami isteri; bertindak sebagai kacip fatimah
GLA Complex
  • membantu menstabilkan hormon
  • menyediakan satu keadaan yang memudahkan perlekatan ovum dan sperma

Jika anda telah mencuba pelbagai cara tetapi masih menemui jalan buntu, apa kata anda cuba set kesuburan ini pula. Insya Allah saya doakan anda berjaya mencapai apa yang ingin dikecapi.

Saya sedia membantu,
017-2376365




Saturday 13 December 2014

Sumber Makanan Vit-E

Vitamin E adalah sangat penting dalam sistem reproduksi manusia. Ianya dapat membantu mencegah masalah kanser, membantu meningkatkan sel darah merah serta pelbagai manfaat lain.

Berikut di senaraikan pelbagai jenis sumber makanan yang mengandungi vitamin E :-

a) Gandum
b) Avokado
c) Kacang Soya
d) Badam
e) Udang
f) Labu
g) Kacang Buncis
h) Biji bunga matahari
i) Ubi keledek
j) Pistacio
k) Minyak sayuran, minyak zaitun dan minyak
    matahari.

Cantik di usia Emas

Tahukah anda, pembentukan kolagen dalam tubuh akan terhenti pada usia 30 tahun ke atas. Pada lingkungan umur begini, proses penuaan akan berlaku menjadikan kulit mudah kering, garis-garis halus kelihatan dan pelbagai masalah kesihatan lain.

Kolagen bukan sahaja untuk kecantikan kulit semata, tetapi ianya melibatkan anggota tubuh yang lain seperti mata, tulang, otot dan sendi.

Tanpa disedari, penyusutan kolegan berlaku secara perlahan-lahan iaitu:-

a) usia 25 tahun penyusutan sebanyak 1.5%
b) usia 40 tahun penyusutan sebanyak 30%
c) usia 60 tahun penyusutan sebanyak 50%

Mengikut trend diatas, ia menunjukkan semakin meningkat usia, semakin ketara tanda-tanda penuaan akan berlaku.

Di sebabkan itu, adalah sangat penting di amalkan Vita-C sedari awal untuk manfaat kesihatan dan kekal cantik walaupun di usia emas.


Sihat dan Cantik bersama Shaklee
017-2376365

Wednesday 10 December 2014

Pasti terujaaaa!!

Haaaa, teruja tak bila baca tajuk entri kali ni? Mesti semua nak tahukan?

Hakak pon terkejut dek non oiiii sampai tersedak dibuatnya. Shaklee bikin kezutannn dengan mengadakan promosi tambahan untuk Collagen Powder (buy 6 free 1)

Bulan Dec ni memang khusus untuk anda yang obses dengan kecantikan. Ketiga-tiga produk memang bermanfaat untuk kecantikan kulit dan pembentukan kolagen tak lupa untuk manfaat kesihatan lain.

Jom semua, jangan lepaskan peluang keemasan begini.


Nota: Pssssttt! Promosi kolagen terhad yer, sementara stok masih ada


Monday 8 December 2014

Gejala Kekurangan Vitamin E

Di sini saya senaraikan beberapa gejala-gejala yang sering berlaku akibat tubuh kekurangan sumber Vitamin E.
a) Anemia (kekurangan sel darah merah)
b) Masalah sistem pembiakan / kesuburan
c) Mudah mengalami keguguran (wanita)
d) Kesukaran untuk hamil
e) Masalah keguguran rambut / rambut kering
f) Kelemahan otot-otot
g) Luka lambat sembuh
h) Kebas kaki (cramps)
i) Penyakit berkaitan usus
j) Mati pucuk
k) Prostat membesar.
Macam mana? Anda mengalami salah satu gejala di atas?
Kalau ya, usah dibiarkan ya!
Mencegah lebih baik dari merawat

Saturday 6 December 2014

I Love You : Vitamin Cinta

"I Love You" adalah ungkapan keramat yang perlu diucap oleh setiap pasangan. Ini menggambarkan perasaan kasih sayang antara suami isteri.

Tapi sekadar ucapan sahaja tidak memadai, penjagaan dalaman juga sangat penting untuk menyemarakkan lagi kasih sayang suami isteri.
Untuk itu saya mahu introduce pada anda para suami dan para isteri, 2 supplement WAJIB ada untuk anda :-

Vitamin-E Complex

-> selain berfungsi sebagai anti-penuaan yang tinggi anti-oksida, vita E terlibat secara langsung dalam pembentukan hormon dan kesuburan iaitu androgen, estrogen & progesterone.
-> turut dilengkapi dengan Selenium, dimana dengan jumlah yang mencukupi dapat meningkatkan kualiti sperma.

Alfalfa Complex

-> berfungsi merawat masalah keputihan
-> sifatnya yang mengandungi "phytoestrogen" berfungsi seperti kacip fatimah
-> membantu pembesaran payudara dan sangat membantu dalam hubungan suami isteri.


Anda berminat nak dapatkan produk ini?
Boleh hubungi saya yer! Konsultasi percuma diberikan.

Jom bermasker

Ehemmm...ehemmm! Anda suka bermasker?

Hari ini saya share cara-cara bermasker dengan Vita- E dan Vita-C. Ni lah yang best nye dengan supplement Shaklee, bukan sahaja untuk dalaman tapi boleh diguna untuk luaran juga. Mmg besttt!!!

Ok jom, kite tengok cara-cara bermasker ^_^

1) Anda perlu ada Sustainable Vita-C dan Vit-E
2) Hancurkan/Tumbuk Sustainable Vita-C
    hingga lumat
3) Picitkan Vita-E dan tuangkan atas piring
4) Gaul serbuk Sustainable Vita-C dan
    Vita-E hingga sebati
5) Akhirnya, tepek2 kan dimuka dan biarkan
    selama 10-15 minit kemudian bilas.

Anda akan merasai kelainannya, kulit wajah akan bertambah halus mulus, bersih dan lembap.

Tak percaya? Anda cuba dan rasai perubahannya. Pasni tak perlu lagi nak berbelanja mahal2!! ^_^

Thursday 4 December 2014

Promosi Istimewa "Vitamin Cantik"


Entry kali nie serba ringkas untuk mewar-warkan promosi berganda bulan Dec. Promo Sustainable Vitamin C buy 6 free 1 dan Vitamin-E Complex buy 6 free 1. Selain itu, ade twinpack promo dengan 5% diskaun.






Macam mana, teruja tak? Saya pun teruja sangat untuk membantu anda2 tak kira lelaki dan perempuan untuk mencuba produk terbaik dr Shaklee ni. Bukan selalu taw Shaklee buat promo macam ni. So ape tunggu lagi?

Jom order dengan saya sekaranggggggg!?

Khasiat buah OREN!




Tahukah anda, sebiji buah oren mengandungi vitamin, mineral dan serat makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh serta mengandungi kandungan kalori yang rendah sekitar 60 - 80 kcal kalori.

Umum mengetahui buah oren adalah anti-oksidan yang sangat baik. Ianya memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan kolagen. Pembentukan kolagen bukan sahaja dapat meransang kepada penghasilan tekstur kulit yang baik dan cantik malah ianya sangat diperlukan untuk pembentukan ligamen, tendon, pembuluh darah dan tulang.

Khasiat lain buah oren:-

  • Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Sesuai diamalkan oleh ibu-ibu selepas bersalin.
  • Membantu mencegah "Anemia"
  • Mencegah kerosakan sel kulit akibat aktiviti radikal bebas
  • Membantu mencegah penyakit jantung dengan mencegah kenaikan LDL (kandungan lemak jahat)
  • Membantu mencegah kanser kerana memiliki agen perlindungan yang cukup tinggi.
  • Sesuai juga di amalkan oleh ibu hamil kerana khasiat buah oren sangat bagus untuk perkembangan otak janin.

Saturday 15 November 2014

Fahami Konsep DIET!!!!

D.I.E.T.... sebut pasal diet mesti ramai yang ingat kita perlu berlapar, hindari semua makanan yang sedap2 semata-mata kerana mahu menjaga bentuk badan agar tampil ramping, cantik dan menawan. 

Tapi adakah benar anda memahami konsep berdiet itu sendiri?
Anda yakin bila menahan rasa lapar berat badan akan turun? 
Adakah cantik kalau kurus tapi kesihatan lain terabai?



Adik-adik, abang-abang, kakak-kakak...kenapa perlu menyiksa diri sendiri? Kita hidup cuma sekali so perlu la kita nikmati apa yang diberikan oleh Allah s.w.t dengan sebaiknya. Dari terus menyiksa diri lebih baik kita jalani kehidupan dengan DIET YANG SEIMBANG.


Apa itu diet seimbang?

Mengamalkan makanan yang seimbang lengkap dengan karbohidrat, lemak, fiber dan protein. Ini dapat memastikan tubuh badan dapat berfungsi secara semulajadi dan menjauhi daripada penyakit. 

Jangan kerana dek terlalu taksub untuk mendapat bentuk tubuh yang menawan dan ramping, kita menyeksa diri sendiri. Sebenarnya, diet yang seimbang mampu memberikan hasil yang cukup hebat selain memelihara kesihatan.

Rahsia diet seimbang?
  • Berkesan - hasil dari mengamalkan pemakanan seimbang, anda memiliki berat badan yang ingin dimiliki.
  • Selamat - tidak melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti memuntahkan semula makanan atau mengamalkan ubat-ubatan yang tiada jaminan dari KKM.
  • Tanpa perlu berlapar
  • Tanpa kesan sampingan.
Tanpa diet yang seimbang, anda akan tetap melihat perubahan ke atas tubuh anda tetapi perlu diingat ianya hanya bersifat sementara selain tubuh akan tampak lesu dan lemah. So mana satu pilihan anda? Diet seimbang atau tidak...tepuk dada tanya diri sendiri.

Thursday 6 November 2014

Arghhh! Tak selesanyaaaaaa

"Bau badan terhasil oleh hormon Pheromones, tetapi bila dibiarkan tanpa rawatan ia akan mengeluarkan bau badan yang lebih kuat apabila kelenjar peluh dijangkiti bakteria."


Masalah badan berbau memang sangat merungsingkan, ini menyebabkan kurangnya keyakinan pada diri sendiri. Tahukah anda, masalah bau badan berpunca daripada proses pencernaan yang tidak sempurna. Dalam pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh dan selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan dan toksin. Toksin mudah disingkirkan sekiranyan hati, ginjal dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik.

Bau badan adalah tanda peningkatan tahap kematangan seseorang. Bagi remaja perempuan,  ianya bermula dari umur 14 - 16 tahun dan bagi remaja lelaki pula 15-17 tahun.


PUNCA MASALAH BAU BADAN

  • faktor genetik
  • pengambilan ubat-ubatan
  • diet
  • faktor pemakanan (pengambilan makanan berempah dan berkafein)

AKIBAT DARI MASALAH BAU BADAN
  • sukar bertemu pasangan / jodoh.
  • kurang keyakinan diri
  • menjejaskan hubungan suami isteri.

CARA MENGATASI MASALAH BAU BADAN
  • utamakn kebersihan diri (mandi dan tukar pakaian dengan kerap)
  • pakai-pakaian yang mudah serap peluh 
  • kurangkan pengambilan makanan yang berempah dan berkafein
  • amalkan Alfalfa untuk menyahtoksin dalam badan.


Tahukah anda, Alfalfa Complex dapat membantu meneutralkan tahap keasidan dalm tubuh
yang menjadi punca masalah badan berbau.


Amaran:-
Bagi penghidap SLE atau penyakit auto-imun adalah tidak dibenarkan untuk mengambil Alfalfa. 
Selain Alfalfa, Garlic dan Herb-lax juga dapat membantu mengatasi masalah bau badan.


Harga:-
  1. Alfalfa besar - 700 biji (RM 97.50)
  2. Alfalfa kecil - 330 biji (RM 53.75)




Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee berserta konsultasi boleh menghubungi saya:

Saidatul Akma
017-2376365
sms/whatsapp

Tuesday 4 November 2014

Basic H

Pasti ramai yang menyangka Shaklee hanya menghasilkan supplement shj. Tapi tidak ye, Basic H tergolong dalam salah satu HOT ITEM yg perlu dimiliki di setiap rumah.
Ianya mempunyai 1001 manfaat yg boleh digunakan dalam kerja2 pembersihan di dalam dan diluar rumah selain sesuai diguna utk merawat kesihatan.
Basic H TIDAK BERTOKSIK & SELAMAT
----------------------------
Untuk pengetahuan, ianya dua kali ganda lebih pekat dengab kuasa pembersihan yang lebih selamat. Sangat sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kekotoran di rumah serta mempunyai molekul yang sangat halus dan lebih lembap dari air.
Basic H sangat menjimatkan kerana mempunyai kadar kepekatan yang tinggi. Dengan penggunaan yang minima anda akan melihat hasil yang cukup mengkagumkan.
TAHUKAH ANDA?

€ Kebanyakan pencuci biasa mengandungi
    toksin yang boleh meresap ke dalam badan
    melalui kulit dan sistem penafasan.
€ Bahan pelarut sintetik boleh menggangu
    keseimbangan hormon.
€ Butyl Cellosolve adalah sejenis neurotoksin
    yanh boleh merengsakan hidung.
€ Ammonia yang terkandung dalam bahan
    pencuci kaca adalah sejenis bahan racun
    yang boleh menggangu sistem penafasan,
    merengsakan hidung & mata.
€ Basic H adalah selamat dan tidak
    mengandungi bahan-bahan di atas ataupun
    bahan-bahan berbahaya yang lain.
Tak kenal maka tak cinta.
Jom ramai-ramai kita gunakan Basic H yang terbukti selamat.
Nak order?
017-2376365
Akma Hashim | id: 888944


Basic H : Biar Gambar Berbicara


Sharing is Caring.
================

Dapur yang 'berkarat' kembali bersinar selepas dicuci dengan beberapa titik Basic H. Selain itu, ianya dapat menanggalkan kekotoran , kesan minyak & gris.




Mempunyai 1001 manfaat lain. Sayuran yang layu kembali segar selepas direndam beberapa minit dengan Basic H.



Memudahkan kerja permbersihan kerak-kerak puting susu kanak-kanak.



Sebotol Basic H mempunyai 1001 manfaat dalam memudahkan kehidupan seharian. Produk WAJIB yang perlu ada disetiap rumah yang terbukti SELAMAT, MESRA ALAM & BERKESAN.





Monday 3 November 2014

Basic H memang best!

Kali nie saya nak share beberapa kegunaan Basic H yang mungkin ramai tidak tahu.

Selain boleh digunakan untuk membersih di sekitar rumah anda, sebenarnya Basic H juga selamat digunakan ke atas makanan. Bagaimana? Haaaaa, yang tuh kena tunggu entri lain yer ^_^

Basic H adalah keperluan yang WAJIB disetiap rumah. Jom bertukar kepada produk yang sudah dijamin kualiti, keberkesanan dan yang pastinya selamat digunakan.


Sunday 2 November 2014

Promosi Nov: Omega Guard

Assamalammualaikum semua..

Alhamdulillah,harini 2 Nov 2014....seperti biasa setiap bulan Shaklee akan buat promosi dan kali ini giliran Omega Guard pulak!

Jangan lepaskan peluang untuk grab berbotol- botol Omega dengan harga istimewa sepanjang bulan ini.

Ianya sesuai untuk setiap peringkat umur hingga dewasa.

[Promosi buy 6FREE1]
017-2376365
Saidatul Akma
Id: 888944

Monday 15 September 2014

Set Kasih Sayang



Assalammualaikum semua,

Entri hari ni khusus untuk mereka yang sudah berumahtangga...pada yang belom kahwin tuh dok dendiam aje yer hihihi.

Memperkenalkan SET KASIH SAYANG khusus untuk anda yang mahu mengekalkan keharmonian rumah tangga. Bak kata Zill Faezrul dalam cite "Rindu Awak 200%"... "lepas ni kita sayang-sayang aje yer". Ecehhhhh fefeeling romantik lu puleeekkkk hihihi.

Set Kasih Sayang terdiri dari :-

1) Alfalfa Complex
  •  dikenali sebagai "kacip fatimah" moden.
  • membantu merawat masalah keputihan dan vagina berbau
  • meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan.
2) Vitamin E
  • anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk meningkatkan sistem imunsasi badan
  • mampu meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.
  • meningkatkn kualiti air mani dan mempunyai kesan bermanfaat dan perlindungan, terutamanya pada motilitas sperma.

So apa tunggu lagi...

Untuk si suami, meh dapatkan set kasih sayang ini untuk isteri

Untuk si isteri, meh dapatkan set kasih sayang ini untuk mengekalkan rumahtangga bahagia

Lepas ni, "kita sayang-sayang" aje hihihi...



Meh dapatkan set ini dengan harga istimewa.

Contact sy, 
017-2376365
sms/whatsapp

*pembelian dengan saya akan mendapat konsultasi percuma sepanjang hayat



Sunday 14 September 2014

Jatuh Cinta dengan MK!

Assalammualaikum semua,

Entri hari nie saya nak share tentang MK. Eh! apa tu? hahaha.. Sebenarnya MK ni shortform utk Mary Kay. Tapi sebelum tuh, nak bgtaw awal2 na...sy bukan "Beauty Consultant" utk MK cuma saya nak share apa yang saya suka pasal produk ni. Utk dalaman sy mmg amalkan Shaklee..untuk luaran MK la! ^_^

Alhamdulillah, saya ni bukan la tergolong dalam golongan yang ade masalah kulit berjerawat tapi tulah, bila da asyik bertukar-tukar produk masalah mula la timbul. Dek kerana, rakus nak cantik hahahaha (cantik ke?!) saya terpengaruh la dengan produk yang ntah pape. Banyak gak la jenama yang da saya tepekkan kat muka ni...duit jgn cakap la da berabis bagai. End up, kulit muka jadi pedih..luka2..muka jd makin teruk (nak nangis rasa bila ingat balik).

One day, saya dok bercerita dgn my besties "OmelAtie" nama manja nya (alololo..manja btol!), dia yang suggest kan MK nie. Dia pon cite la lebih panjang pasal MK ni, gedebak gedebuk bila tanya tang harga...fuh!!mmg terbeliak gak la mata kihkihkih :p
Tapi bila tengok kulit dia yang makin cantik, I pon terpengaruh lagi (kurang keimanan btol la haha). Tapi kali ni mmg lain sikit, Cik Atie siap arrange kan skincare class lagi..FREE OF CHARGE u'olls sape yang taknak kan..hihihi

Okay, selepas di talbiahkan oleh Cik Atie, saya pon dengan redha nye beli hahaha (mcm terpaksa aje bunyinya kihkihkih). Set pertama yang saya beli adalah set Botanical  mcm dalam gmbr ni.


Botanical Set
Memang best pakai set ni, kulit muka makin lama makin sihat..alhamdulillah! Bila da serasi barulah saya tambah dengan Sunscreen SPF 35 & Night Solution, memang ade ummppph! Oppps!!lupa nak bgtahu, set Botanical tuh tahan lama taw..sy guna da dekat 5 bulan tak habis2 agy (selamat duit aku!).

Sunscreen dan Night solution
Bila kulit da sihat, baru la ade feel nak bersolek hahahaha! So saya try la beli Foundation ni. Memang best u'olls, kulit rasa mcm free aje..takde rasa mcm pakai foundation. Sebelum ni ade gak la try jenama lain tp tak sebest guna yang ini.

Foundation Matte SPF 15
Haaaa, yang ni plak lip mask. Seumur hidup ku baru law taw pasal menda alah ni hihihi. Disebabkan saya memang ade masalah bibir pecah2, kadang2 sampai keluar darah..ngeri! So Cik Atie hadiahkan Lip Mask ni kat saya (tenkiu makcik, i luv u la)hahaha... Memang best taw, sebabkan ianya dapat menanggalkan sel-sel kulit mati. So pasni dapat la bibir mungil bak Angelina Jolie kihkihkih (perasan!)


Lip Mask
Yang ni plak Makeup remover, yang uniknya sebab ianya ade 2 lapisan taw. Bahagian atas tu AIR dan bahagian bawah tu MINYAK. Pestime tengok macam jakun gak la hihihihi. Menda nie khusus untuk mata, kata nak mata cantik...so kena la guna menda ni hihihi.


Makeup Remover
Bila da hampir 6 bulan 'bersama' MK, alhamdulillah kulit makin sihat. Takde lagi masalah kulit pedih2..luka2..syukur sesangat! Ia lah kan, apa yang dah Allah pinjamkan nie kena la jaga helok-helok ye dak!?


Kesayangan ku
So rumusannya, carilah produk yang sesuai dengan kulit anda. Kalau nak taw lebih lanjut pasal MK ni..boleh contact saya, nanti saya perkenalkan anda dengan Cik Atie. Insya allah dia boleh membantu.

Me & Cik Atie


Oklah, jumpa lagi dilain entri..bubye ^_^







Kesan Kekurangan Kolagen

Berkaitan dengan tajuk di atas, hari nie saya nak share dengan anda beberapa faktor yang mungkin terjadi sekiranya anda mengabaikan pengambilan kolagen dalam aktiviti seharian.



Adakah anda rela kulit anda menjadi TUA sebelum waktunya? Cer check balik, ade tak ciri-ciri di atas terjadi kepada anda. Kalau ada, apa perlu ditunggu lagi??? 

Lakukan sesuatu sebelum terlewat  atau anda nak menyesal di kemudian hari

Pilihan di tangan anda.

Fikir-fikirkanlah.....

Sunday 7 September 2014

Keistimewaan Collagen Powder

Assalammualaikum semua,

Dalam entri kali ini, saya nak share tentang keistimewaan Collagen Powder Shaklee (CSP). 
Meh sini hadek hakak..mai baca sini, pasni confirm korang da tak cari collagen lain da. Ching!haha



Untuk pengetahuan, CSP ni adalah kolagen yang dihasilkan dari Sisik Ikan Merah. Mesti ramai tertanya-tanya, kenapa perlu ikan merah? nape tak guna ikan kembung ke..ikan siakap ke..ikan jaws ke, eh! da melalut plak.Sorrrryyyy...hahaha ^_^

Selepas diselidik oleh para saintis Shaklee, mereka menemui sesuatu yang istimewa berkaitan dengan ikan merah ni. Tahukah korang, ikan merah boleh hidup secara bebas dalam lautan sedalam 5000m. Seperti kita tahu, semakin dalam lautan, semakin tinggi tekanannya dan memang sukar untuk ikan lain survive dlm keadaan bertekanan tinggi sebegitu. 

Ini membuatkan CSP sangat istimewa kerana ia dihasilkan dari sumber :-
  • sangat lasak dan elastik
  • memiliki kepaduan sel yang tinggi dalam mengekalkan kelembapan
  • mempunyai jisim molekul yang sangat rendah (1000 dalton)

Haaa, macam yang diberitahu tadi, jisim molekul CSP adalah sangat rendah iaitu 1000 Dalton berbanding dengan kolagen lain bermolekul dalam kadar 300,000 Dalton. Ini menyebabkan, CSP sangat mudah diserap dengan pantas di dalam usus dan pastinya dapat bertindak balas dengan lebih cepat (Ramai cust sy bagi feedback positif selepas 7 hari amalkan CSP, kulit makin gebu gebas!!!) hihihi.

Shaklee juga telah menambahbaik 7 ramuan yang aktif ke dalam CSP untuk meningkatkan keberkesanan kolagen terhadap tubuh.



Seeeee, I told you!!!CSP memang istimewa sangat. Tak akan boleh dapat dalam kolagen lain taw.
Sebenarnya ada banyak lagi keistimewaan CSP yang saya nak kongsi antaranya boleh dibuat masker. Ching!! Acane tuh?

Haaaa, yang itu kena la tunggu dulu!
Saje je nak bagi korang suspens sikit hihihi..

Kalau da tak sabar sangat nak taw boleh direct contact sy.
Kite boleh cite panjang lebar.
Bulan ni pon tengah promosi CSP
Ape lagi, terus grab 6 kotak terus la dapat sekotak free...boleh la bagi kat mak, hadek, hakak, gurlpren sume hihii

017-2376365
sms/whatsapp 

Friday 5 September 2014

Testimoni sendiri

Assalammualaikum semua,

Entri hari ni saya nak share pengalaman sendiri selepas amalkan #Shaklee. Yelah kan, asyik share testi orang lain aje...kita pon nak kongsi juga.

Saya nak share pengalaman selepas mengamalkan Ostematrix.
Jom baca...

Ok! Sejujurnya memang saya sering mengalami masalah sakit belakang. Menda ni bukan baru, saya da mengalami nya agak lama jugak. Nak cerita pengalaman time sakit tuh memang 'scary' la, mana taknya...sampai menangis kite di buatnya. Tidur malam pon tak lena bila sakit tuh menyerang...memang tak boleh tidur dibuatnya. Pusing sana tak selesa...pusing sini tak selesa.

Sampai satu tahap, adik2 la jadi mangsa. Kena paksa jadi tukang urut kakaknya ni,sampai diaorg pon jadi bosan. Hihi


Tapi itu dulu, keadaan sekarang da jauh berubah. Hidup lebih ceria! Maw taknya, masalah sakit belakang da mulai pulih..tidur pun lebih lena. Dan yang paling penting, adik2 tak perlu lagi di paksa jadi tukang urut hahahaha ^_^



Anda mengalami masalah yang sama?
Sampai bila nak terus rasa sakit?
Jom Ubah... Ostematrix jawapannya.

Nak info lanjut, boleh tekan2 no bawah ni
017-2376365
sms|whatsapp

Wednesday 3 September 2014

Kegilaan apakah ini???

Haaaa, jangan terkejut baca post di atas hihihi!!! Harini TERRRRsangat la penat, keje pon menimbun2 kat opis tuh huhuhu. Tapi mcm org selalu cakap la kan, keje tuh sampai bila2 pon takkan abes, ye dak!?

So untuk menghilangkan segala tension tensiun (hehehe..ayat sendiri!! adik2, sila jgn ikut yer...failed tatabahasa ni) kite marathon lagi cite ni untuk kali yang keberapa tah, da tak terkira da! haha

Nak taw cite ape? Cer tengok gambar bawah ni





hahahaha...betol la tuh?! marathon lagi cite Rindu Awak 200%.  Tak taw la kenapa, tp lom ade rasa jemu lagi tengok cite ni. Sengih2 sensorang dalam bilik tgk gelagat "princess katak" aka #Armel Aisyah dan si "badang tua aka #Zill Faezrul.

Ok la da penat nak menaip, nak fokus layan cite ni jap!hihihi... bubye
Kite jumpa di lain entri yer...

#muahciked ^_^

Tuesday 2 September 2014

Rahsia Pikat Selera Si Manja


MEALSHAKE adalah jawapan untuk hidangan makanan yang sihat, lengkap dan terbaik khusus untuk si manja. Setiap hidangan Mealshake adalah lengkap dengan asid amino serta dihasilkan dari bahan-bahn semulajadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. 


promo Sept : buy 3 FREE 1
Kenapa Mealshake?

  • Nutrisi lengkap yang menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang diperlukan oleh si manja. Akibat kekurangan zat akan menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita.
  • Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) untuk membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, organ, rambut, darah dan imunisasi.
  • Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang sisa buangan dari usus dan perut.
  • Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat serta cooper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat.

Kalau anda nak tahu, Mealshake ini berperisa french vanila yang sangat sedap serta berbau wangi seperti ais-krim yang pasti memikat selera si manja. Selain itu ia sangat sesuai dijadikan hidangan seawal pagi untuk si manja selain di jadikan "snek sihat" bagi menggantikan "junk food".


KELEBIHAN MEALSHAKE UNTUK SI MANJA
  • membantu meningkatkan tenaga dan kecergasan si manja
  • anak-anak lebih fokus dan cerdas
  • membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh si manja (sesuai untuk kanak-kanak yang sering sakit)
  • membantu mengurangkan masalah sembelit si manja
  • baik untuk kanak-kanak yang menghidap "Eczema"
  • membantu meningkatkan selera makan si manja
  • snek ringan yang sihat dan lengkap dengan nutrisi untuk si manja
  • anak-anak lebih aktif sepanjang hari

MEALSHAKE PENGGUNAAN UNTUK BERAPA LAMA?

Untuk pengetahuan satu canister Mealshake seberat 544 gram ini adalah untuk 1-3 bulan penggunaan(depends pada pengguna). Sangat berbaloi bukan?

HARGA?
  1. Semenanjung Malaysia - RM 113.75 (tidak termasuk postage)
  2. Sabah/Sarawak - RM 121.25 (tidak termasuk postage)
Chop!!! disebabkan bulan ini ade promosi buy 3 Free 1 so harganya jauh lebih murah dari di atas. Iyeeee, saya tak tipu..harganya memang jauh lebih murahhh

So memang TERsangat la rugi kalau tak grab sekarang!hihi

Nak dapatkan harga promosi? harga kasih sayang?

Meh contact sy
017-2376365
(sms/whatsapp)

*konsultasi percuma akan diberikan 





Monday 1 September 2014

Promosi Kasih Sayang - SEPTEMBER!!!!

Assalammualaikum semua,

Hari ini 1 September 2014, bulan istimewa untuk semua pencinta produk SHAKLEE. Kenapa?? Sebab bulan ini tak seperti bulan yang lain kerana Shaklee telah mengumumkan DOUBLE PROMOTION taw. Wowwww!! teruja sangat bila dapat khabar dr my "mommy" pagi tadi taw hihihi.

Mesti ramai yang masih tidak mengetahui yang bulan ini adalah promosi untuk MEALSHAKE dan COLLAGEN POWDER. Amboiiii!!! kemain lagi dah bergelek-gelek da semua hihihi..

Promo Sept : buy 3 FREE 1
KEBAIKAN MEALSHAKE
  • melancarkan sistem penghadaman
  • meningkatkan kecerdasan otak dan tenaga
  • meningkatkan sistem imunisasi tubuh terutama bagi kanak-kanak
  • sesuai untukwarga emas yang kurang gemar mengambil pil atau ubat-ubatan
  • merawat masalah "eczema" bagi kanak-kanak
  • dapat meningkatkan selera makan bagi kanak-kanak
  • melambatkan proses penuaan, kulit lebih licin dan berseri
  • snek yang sihat untuk si manja


Promo Sept : buy 6 FREE 1
KEBAIKAN COLLAGEN POWDER SHAKLEE
  • mencerah dan mengurangkan pigmentasi
  • membantu melembapkan kulit
  • menyuburkan rambut
  • mengandungi "glukosamina" yang bertindak sebagai pelincir sendi & melegakan ketidakselesaan mata.
  • meningkatkan penyerapan kolagen
  • kulit lebih elastik dan anjal
  • meningkatkan ketidakseimbangan hormon
  • anti-penuaan (mengurangkan kedutan/mengecilkan liang roma)
  • meningkatkan prestasi dan tenaga.

Teruja dengan promosi berganda bulan ini?
Jom dapatkan segera sementara promosi masih ada.

Meh contact saya :-
017-2376365
sms/whatsapp



Monday 16 June 2014

Jom Buat Masker!

Assalammualaikum semua..

Fuh! setelah beberapa minggu meninggalkan "dunia kecil" saya ni, kini saya kembali..yeay!!!
Dalam entri hari ni, saya nak kongsi beberapa petua membuat masker menggunakan supplement Shaklee.

Haaaa! mesti ramai yang terkejutkan hihi. Inilah kelebihan produk Shaklee, selain untuk diamalkan untuk kesihatan dalaman..ianya boleh dijadikan sebagai masker wajah.
Confirm cantik gebus gebasss ^_^



Okla, tak nak cerite banyak..jom try!
Selamat Mencuba 


a) Masker ESP + Yogurt asli

Bahan-bahan :-
  • 1 sudu kecil ESP
  • 1 sudu kecil yogurt asli (tanpa perisa)
  • sedikit air
Cara-caranya :-

Campurkan ESP dan yogurt asli (jgn pakai yogurt berperisa, kang ade yang bersemut muka..hihihihi) bersama sedikit air. Digaul sehingga sebati dan kemudian tepekkan sahaja di wajah.

Biarkan selama 20 minit atau sehingga kering dan kemudian di bilas.
Tadaaaaa!!! wajah akan berasa selesa dan lembut ^_^


b) Masker ESP + Sustainable Vitamin C

Bahan-bahan :-
  • 1 sudu kecil ESP
  • 1/2 tablet Vitamin C
  • sedikit air
Cara-caranya :-

Campurkan ESP dan Vitamin C (oh ya! sebelum tuh, patahkan 2 tablet Vitamin C, dan separuhnya dihancurkan sehingga lumat..lagi separuh simpan utk masker lain). Gaulkan ESP bersama dgn vitamin C yang telah hancur bersama sedikit air. 

Tepekkan bahan campuran diseluruh wajah, dan bilas selepas 20 minit atau sehingga kering kemudian di bilas. Tadaaaa!!! kulit wajah akan berasa lebih lembut dan halus.

c) Masker Vitamin E

Bahan-bahan :-
  • 1 biji Vitamin E
  • 1 batang jarum peniti.
Cara-caranya :-

Hihi..jangan terkejut sbb ade jarum peniti tuh yer. Fungsi jarum peniti tuh untuk cucuk gel Vitamin E tuh shj, bukan untuk dicucuk kat muka hihihi >_<

Tepekkan cecair Vitamin E tuh dikeseluruhan wajah dan dibiarkan selama 20 minit atau sehingga kering dan kemudian di bilas.
Wajah akan lebih lembut dan halus.

Gambar hiasan




Haaaa!! ni antara masker wajah yang memang sangat fofular dikalangan penggemar supplement Shaklee. Dan ianya terbukti dapat membantu mendapatkan wajah yang cantik dan bersih.

Tetapi, penggunaan secara konsisten yer untuk result yang gempak!
Serius ini tak tipu..dan saya pon dah mencuba nya memang berkesan hihihi
Saya paling suka dengan masker yang no 2 tuh. Fefeeling kulit cantik ala2 Siti Nurhaliza kihkihkih :p!

Promosi Vitamin E tinggal 14 hari sahaja lagi.
Takkan nak lepaskan peluang promosi ni belalu macam tuh aje

Hari Raya akan menjelma tak lama lagi. Apakata kita mula dari sekarang.
Pada yang takde lagi supplement Shaklee, meh dapatkan dari saya.
Konsultasi secara PERCUMA seumur hidup.

Saidatul Akma
Shaklee Independent Distributor
017-2376365
sms/whatsapp