Saturday 15 November 2014

Fahami Konsep DIET!!!!

D.I.E.T.... sebut pasal diet mesti ramai yang ingat kita perlu berlapar, hindari semua makanan yang sedap2 semata-mata kerana mahu menjaga bentuk badan agar tampil ramping, cantik dan menawan. 

Tapi adakah benar anda memahami konsep berdiet itu sendiri?
Anda yakin bila menahan rasa lapar berat badan akan turun? 
Adakah cantik kalau kurus tapi kesihatan lain terabai?



Adik-adik, abang-abang, kakak-kakak...kenapa perlu menyiksa diri sendiri? Kita hidup cuma sekali so perlu la kita nikmati apa yang diberikan oleh Allah s.w.t dengan sebaiknya. Dari terus menyiksa diri lebih baik kita jalani kehidupan dengan DIET YANG SEIMBANG.


Apa itu diet seimbang?

Mengamalkan makanan yang seimbang lengkap dengan karbohidrat, lemak, fiber dan protein. Ini dapat memastikan tubuh badan dapat berfungsi secara semulajadi dan menjauhi daripada penyakit. 

Jangan kerana dek terlalu taksub untuk mendapat bentuk tubuh yang menawan dan ramping, kita menyeksa diri sendiri. Sebenarnya, diet yang seimbang mampu memberikan hasil yang cukup hebat selain memelihara kesihatan.

Rahsia diet seimbang?
  • Berkesan - hasil dari mengamalkan pemakanan seimbang, anda memiliki berat badan yang ingin dimiliki.
  • Selamat - tidak melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti memuntahkan semula makanan atau mengamalkan ubat-ubatan yang tiada jaminan dari KKM.
  • Tanpa perlu berlapar
  • Tanpa kesan sampingan.
Tanpa diet yang seimbang, anda akan tetap melihat perubahan ke atas tubuh anda tetapi perlu diingat ianya hanya bersifat sementara selain tubuh akan tampak lesu dan lemah. So mana satu pilihan anda? Diet seimbang atau tidak...tepuk dada tanya diri sendiri.

No comments:

Post a Comment