Saturday 8 February 2014

8 TIPS UNTUK KEKAL LANGSING DAN KURUS

Bismillah..

Hari nie, sy nak share tips yang boleh membantu anda yang sememangnya serius mahu mendapatkan bentuk badan yang langsing dan kurus. Saya pasti ramai yang sanggup berhabis beribu ringgit semata-mata untuk mendapatkan bentuk badan yang diingini sampai sanggup berlapar, melakukan pembedahan dan sebagainya. 

Lupakan segala menda tuh semua, apakata kite UBAH ke cara yang lebih selamat dan meyakinkan. Jom ikuti tips dibawah ni, amalkan dan saya yakin hasilnya pasti seperti yang anda idamkan..

8 TIPS UNTUK KEKAL LANGSING DAN KURUS

1. KAWAL PEMAKANAN ANDA
- Pastikan anda berhenti makan sebelum anda rasa kenyang atau terlalu kenyang.
- Tahukah anda, setiap lebihan makanan dan kalori yang anda makan akan bertukar menjadi
   LEMAK, jika tidak dibakar melalui aktiviti harian anda
- FAKTA : Setiap 8000 unit kalori di dalam badan , akan membawa kepada pertambahan
   berat badan sebanyak 1KG

2. KURANGKAN KARBOHIDRAT, LEBIHKAN PROTEIN
- Tahukah anda, pengambilan karbohidrat dalam kuantiti yang banyak boleh 
    mengemukkan anda.
- Sebenarnya, karbohidrat mampu memberi rasa kenyang dalam tempoh yang singkat
   iaitu sekitar 2 jam sahaja dan kemudian anda akan rasa lapar semula. 
- Berbeza dengan protein, ia akan memberi rasa kenyang lebih lama tetapi anda perlu 
   mengambil protein yang tinggi BV (Biological Value) pada waktu pagi dan  berbanding 
   dengan waktu malam. Jika tidak, protein tersebut yang berlebihan itu juga boleh ditukar
   menjadi lemak.

3. JANGAN BERLAPAR (MAKAN PADA MASA YANG TEPAT)
- Untuk mendapatkan menurunkan berat badan, anda WAJIB mengambil sarapan pagi 
   dan jangan sesekali anda berfikir untuk skip sarapan pagi kerana pengambilan sarapan
   dapat meningkatkan metabolisma badan 
- Anda sangat digalakkan makan setiap 2 jam dan selangkan dengan snek yang sihat seperti 
   buah-buahan, supaya anda tidak terlalu lapar.
- Kadar metabolisma akan menurun selepas jam 7.00 malam. Setiap makanan yang diambil 
   selepas waktu tersebut akan dicerna dengan perlahan dan menyebabkan kegemukan.

4. ELAKKAN MINUMAN BERGULA DAN BERKAFEIN
- Tahukah anda, kandungan gula dalam minuman air berkarbonat adalah sangat tinggi iaitu
   7-8 sudu gula bagi setiap hidangan
- Selain menyebabkan masalah kegemukan, pengambilan gula yang berlebihan akan 
   menyebabkan masalah kencing manis.
- Pengambilan kafein dapat menyebabkan penurunan kadar metabolisma badan. Selain itu,
   ia akan menyingkirkan segala nutrien seperti vitamin daripada badan anda. Jadi, sekiranya
   anda ada mengamalkan vitamin tambahan dan jika diambil bersama kafein adalah sia-sia 
   kerana tidak mampu diserap oleh tubuh anda.

5. MINUM AIR KOSONG 8 GELAS SEHARI
- Air kosong sangat bagus untuk tubuh kerana 75% kandungan badan adalah air
- Pengambilan air kosong sebanyak 8 gelas (2-3 liter) sehari dapat membantu anda
   menurunkan berat badan.
- Pengambilan air kosong yang secukupnya dapat menyingkirkan sisa-sisa toksin / bahan 
   perkumuhan yang tidak diperlukan oleh tubuh.
- Lemak juga dapat disingkirkan melalui air kencing dan peluh

6. LAKUKAN SENAMAN RINGAN
- Setiap dari anda, yang mahu mendapatkan tubuh yng langsing perlu melakukan senaman
   ringan sekurang-kurangnya 30 minit sehari.
- Tahukah anda, berjalan kaki juga telah dianggap sebagai satu senaman. Ia dapat 
   membantu mengeluarkan peluh dan menjalani hidup yang sihat.

7. PILIH PROGRAM DIET YANG TERBAIK
- Jangan sesekali anda memilih untuk kurus dengan mendapatkan rawatan di mana-mana
   slimming center. Ini bukan sahaja mebazirkan wang malah anda akan dipaksa untuk
   mengikut segala program diet yang sangat ketat yang dibuat oleh mereka.
- Tiada jalan pintas untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik, selain menjalani
   kehidupan dengan cara yang sihat dan selamat

8. POSITIFKAN DIRI
- Utk mendapatkan hasil yang memuaskan, anda perlu membuat target yang ingin anda 
   capai dalam misi ini.
- Setiap taget yang dibuat perlulah diikuti dengan disiplin dan konsisten.
- Adalah tidak digalakkan untuk menimbang berat badan setaip hari, memadai menimbang
   berat seminggu sekali bagi mengelakkan rasa kecewa sekiranya tiada penurunan berlaku,




2 comments:

  1. Jangan berlapar tu betul orang selalu salah pi tak makan sbb nak kurus punya pasal..

    huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup!? kita perlu ubah mind set lepas ni..Untuk kurus, memang sangat penting untuk jaga soal pemakanan. Berlapar bukan la satu idea yg baik utk mendapatkan badan yg langsing

      Delete