Saturday 8 February 2014

Bahaya ANEMIA!!!

Bismillah,

Kelmarin belek-belek google, tetiba terjumpa plak dengan artikel tentang Anemia. Sebelum ni, bila orang cakap pasal Anemia buat-buat tak faham aje..tiba-tiba tergerak hati plak nak taw lebih lanjut tentang penyakit ni..Masya-Allah! berbahaya juga penyakit ni dan hari nie saya nk berkongsi serba sedikit ilmu yang sy belajar agar dapat dimafaatkan bersama. (:



 APA ITU ANEMIA?
Anemia atau dalam erti kata lain yang mudah difahami iaitu masalah kurang darah merah. Seperti yang kita tahu, darah merah berfungsi membawa bekalan oksigen makanan ke tisu badan untuk kegunaan harian. Darah merah merupakan sel darah utama selain sel darah putih dan platlet. 

Seseorang yang menghidap masalah ini akan menyebabkan kemerosotan tahap kesihatan kerana bekalan oksigen makanan tidak sampai ke tisu badan dan menyebabkan fungsi tisu terganggu , malah lebih merisaukan ia boleh menyebabkan tisu 'mati' atau tidak berfungsi.

Tahukah anda? kandungan sel darah merah adalah berbeza mengikut kategori iaitu :-

  1. LELAKI - 13g/dl
  2. WANITA DEWASA - 12g/dL
  3. KANAK-KANAK - 11g/dl
SIMPTOM2 ANEMIA
  • pesakit mengalami masalah keletihan
  • lemah anggota badan
  • hilang daya tumpuan
  • pening
  • loya
  • muntah
  • berpeluh
Tetapi, jika seseorang itu menghadapi paras darah merah yang sangat rendah, pesakit akan mengalami sesak nafas, jantung berdebar dan sakit dada. Masalah ini berlaku kerana jantung terpaksa mengepam darah dengan lebih dari biasa disebabkan jumlah darah yang membawa bekalan oksigen dan makanan ke tisu berkurangan. Ini boleh menyebabkan masalah serangan jantung.

FAKTOR2 ANEMIA
Masalah kekurangan darah merah berlaku atas beberapa faktor seperti :-
  • Kegagalan sum-sum tulang berfungsi
  • Faktor keturunan@genetik
  • Kekurangan bekalan zat seperti zat besi, asid folik dan B12.

Kitaran darah merah adalah 100-120 hari. Ia akan pecah dan digantikan dengan darah merah yang lain. Namun, ada beberapa penyakit dan keadaan yang boleh menyebabkan darah merah ini pecah lebih awal dari sepatutnya.

Anemia juga boleh berlaku disebabkan pendarahan. Ini bukan sahaja berlaku ketika kemalangan tetapi disebabkan masalah ulser pada lapisan perut, masalah sakit puan, di mana wanita hilang darah merah apabila mengalami haid yang banyakdan dalam jangka masa yang panjang atau haid yang kerap daripada biasa.

Oleh itu, beberapa ujian perlu dilakukan untuk mengesahkan penyakit ini selain mengenal pasti punca berlakunya masalah ini.

Selain ujian darah, pengambilan sampel sum-sum tulang perlu dilakukan iaitu kaedah dimana sampel diambil daripada tulang pinggul pesakit.

Rawatan untuk penyakit ini adalah berbeza bergantung kepada penyebab berlakunya masalah tersebut. Pengambilan sayuran dan pemakanan yang kata dengan asid folik dan vitamin B12 adalah digalakkan. 

Makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging merah juga sangat digalakkan selain pengambilan vitamin tambahan sebagai salah satu rawatan bagi merawat penyakit ini.

No comments:

Post a Comment