Saturday 20 December 2014

Zuriat..... Anugerah Terindah!!!

Zuriat adalah anugerah terindah dari Allah s.w.t. Setiap pasangan yang berkahwin tentu sekali menginginkan kehadiran zuriat bagi menambah keceriaan dan kesempurnaan dalam rumah tangga. Namun tidak semuanya bertuah, ade antara pasangan diuji oleh Allah dalam waktu yang cukup lama.

Usah risau dan berputus asa, teruskan mencuba dan berikhtiar agar rezeki menyebelahi kalian. Oleh itu, sebagai salah satu usaha, saya mahu memperkenalkan SET KESUBURAN dari Shaklee sebagai langkah usaha untuk merealisasikan impian yang selama ini ingin dikecapi.


a) Set Suami

Vitamin E Complex
  • berfungsi menyuburkan sel-sel dan organ reproduksi kaum adam
  • membantu melancarkan saluran darah
Zinc Complex
  • zat yang sangat penting dalam proses pembentukan hormon testosterone
  • memberikan tenaga untuk sperma bergerak lebih aktif menuju ke ovari
  • berperanan dalam pembentukan genetik iaitu DNA (Deoxyrilbose Nucleid Acid)

b) Set Isteri

Alfalfa Complex
  • sangat baik diamalkan oleh wanita terutama dalam mengatasi masalah keputihan, masalah haid tidak teratur, senggugut, sakit pinggang yang melampau kitika sedang haid (diamalkan bersama kalsium - ostematrix)
  • membantu dalam hubungan suami isteri; bertindak sebagai kacip fatimah
GLA Complex
  • membantu menstabilkan hormon
  • menyediakan satu keadaan yang memudahkan perlekatan ovum dan sperma

Jika anda telah mencuba pelbagai cara tetapi masih menemui jalan buntu, apa kata anda cuba set kesuburan ini pula. Insya Allah saya doakan anda berjaya mencapai apa yang ingin dikecapi.

Saya sedia membantu,
017-2376365




Saturday 13 December 2014

Sumber Makanan Vit-E

Vitamin E adalah sangat penting dalam sistem reproduksi manusia. Ianya dapat membantu mencegah masalah kanser, membantu meningkatkan sel darah merah serta pelbagai manfaat lain.

Berikut di senaraikan pelbagai jenis sumber makanan yang mengandungi vitamin E :-

a) Gandum
b) Avokado
c) Kacang Soya
d) Badam
e) Udang
f) Labu
g) Kacang Buncis
h) Biji bunga matahari
i) Ubi keledek
j) Pistacio
k) Minyak sayuran, minyak zaitun dan minyak
    matahari.

Cantik di usia Emas

Tahukah anda, pembentukan kolagen dalam tubuh akan terhenti pada usia 30 tahun ke atas. Pada lingkungan umur begini, proses penuaan akan berlaku menjadikan kulit mudah kering, garis-garis halus kelihatan dan pelbagai masalah kesihatan lain.

Kolagen bukan sahaja untuk kecantikan kulit semata, tetapi ianya melibatkan anggota tubuh yang lain seperti mata, tulang, otot dan sendi.

Tanpa disedari, penyusutan kolegan berlaku secara perlahan-lahan iaitu:-

a) usia 25 tahun penyusutan sebanyak 1.5%
b) usia 40 tahun penyusutan sebanyak 30%
c) usia 60 tahun penyusutan sebanyak 50%

Mengikut trend diatas, ia menunjukkan semakin meningkat usia, semakin ketara tanda-tanda penuaan akan berlaku.

Di sebabkan itu, adalah sangat penting di amalkan Vita-C sedari awal untuk manfaat kesihatan dan kekal cantik walaupun di usia emas.


Sihat dan Cantik bersama Shaklee
017-2376365

Wednesday 10 December 2014

Pasti terujaaaa!!

Haaaa, teruja tak bila baca tajuk entri kali ni? Mesti semua nak tahukan?

Hakak pon terkejut dek non oiiii sampai tersedak dibuatnya. Shaklee bikin kezutannn dengan mengadakan promosi tambahan untuk Collagen Powder (buy 6 free 1)

Bulan Dec ni memang khusus untuk anda yang obses dengan kecantikan. Ketiga-tiga produk memang bermanfaat untuk kecantikan kulit dan pembentukan kolagen tak lupa untuk manfaat kesihatan lain.

Jom semua, jangan lepaskan peluang keemasan begini.


Nota: Pssssttt! Promosi kolagen terhad yer, sementara stok masih ada


Monday 8 December 2014

Gejala Kekurangan Vitamin E

Di sini saya senaraikan beberapa gejala-gejala yang sering berlaku akibat tubuh kekurangan sumber Vitamin E.
a) Anemia (kekurangan sel darah merah)
b) Masalah sistem pembiakan / kesuburan
c) Mudah mengalami keguguran (wanita)
d) Kesukaran untuk hamil
e) Masalah keguguran rambut / rambut kering
f) Kelemahan otot-otot
g) Luka lambat sembuh
h) Kebas kaki (cramps)
i) Penyakit berkaitan usus
j) Mati pucuk
k) Prostat membesar.
Macam mana? Anda mengalami salah satu gejala di atas?
Kalau ya, usah dibiarkan ya!
Mencegah lebih baik dari merawat

Saturday 6 December 2014

I Love You : Vitamin Cinta

"I Love You" adalah ungkapan keramat yang perlu diucap oleh setiap pasangan. Ini menggambarkan perasaan kasih sayang antara suami isteri.

Tapi sekadar ucapan sahaja tidak memadai, penjagaan dalaman juga sangat penting untuk menyemarakkan lagi kasih sayang suami isteri.
Untuk itu saya mahu introduce pada anda para suami dan para isteri, 2 supplement WAJIB ada untuk anda :-

Vitamin-E Complex

-> selain berfungsi sebagai anti-penuaan yang tinggi anti-oksida, vita E terlibat secara langsung dalam pembentukan hormon dan kesuburan iaitu androgen, estrogen & progesterone.
-> turut dilengkapi dengan Selenium, dimana dengan jumlah yang mencukupi dapat meningkatkan kualiti sperma.

Alfalfa Complex

-> berfungsi merawat masalah keputihan
-> sifatnya yang mengandungi "phytoestrogen" berfungsi seperti kacip fatimah
-> membantu pembesaran payudara dan sangat membantu dalam hubungan suami isteri.


Anda berminat nak dapatkan produk ini?
Boleh hubungi saya yer! Konsultasi percuma diberikan.

Jom bermasker

Ehemmm...ehemmm! Anda suka bermasker?

Hari ini saya share cara-cara bermasker dengan Vita- E dan Vita-C. Ni lah yang best nye dengan supplement Shaklee, bukan sahaja untuk dalaman tapi boleh diguna untuk luaran juga. Mmg besttt!!!

Ok jom, kite tengok cara-cara bermasker ^_^

1) Anda perlu ada Sustainable Vita-C dan Vit-E
2) Hancurkan/Tumbuk Sustainable Vita-C
    hingga lumat
3) Picitkan Vita-E dan tuangkan atas piring
4) Gaul serbuk Sustainable Vita-C dan
    Vita-E hingga sebati
5) Akhirnya, tepek2 kan dimuka dan biarkan
    selama 10-15 minit kemudian bilas.

Anda akan merasai kelainannya, kulit wajah akan bertambah halus mulus, bersih dan lembap.

Tak percaya? Anda cuba dan rasai perubahannya. Pasni tak perlu lagi nak berbelanja mahal2!! ^_^

Thursday 4 December 2014

Promosi Istimewa "Vitamin Cantik"


Entry kali nie serba ringkas untuk mewar-warkan promosi berganda bulan Dec. Promo Sustainable Vitamin C buy 6 free 1 dan Vitamin-E Complex buy 6 free 1. Selain itu, ade twinpack promo dengan 5% diskaun.






Macam mana, teruja tak? Saya pun teruja sangat untuk membantu anda2 tak kira lelaki dan perempuan untuk mencuba produk terbaik dr Shaklee ni. Bukan selalu taw Shaklee buat promo macam ni. So ape tunggu lagi?

Jom order dengan saya sekaranggggggg!?

Khasiat buah OREN!




Tahukah anda, sebiji buah oren mengandungi vitamin, mineral dan serat makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh serta mengandungi kandungan kalori yang rendah sekitar 60 - 80 kcal kalori.

Umum mengetahui buah oren adalah anti-oksidan yang sangat baik. Ianya memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan kolagen. Pembentukan kolagen bukan sahaja dapat meransang kepada penghasilan tekstur kulit yang baik dan cantik malah ianya sangat diperlukan untuk pembentukan ligamen, tendon, pembuluh darah dan tulang.

Khasiat lain buah oren:-

  • Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Sesuai diamalkan oleh ibu-ibu selepas bersalin.
  • Membantu mencegah "Anemia"
  • Mencegah kerosakan sel kulit akibat aktiviti radikal bebas
  • Membantu mencegah penyakit jantung dengan mencegah kenaikan LDL (kandungan lemak jahat)
  • Membantu mencegah kanser kerana memiliki agen perlindungan yang cukup tinggi.
  • Sesuai juga di amalkan oleh ibu hamil kerana khasiat buah oren sangat bagus untuk perkembangan otak janin.