Thursday 8 January 2015

Toksin? Kenapa perlu disimpan..Jom DETOKS


Apa itu toksin? Toksin adalah bahan buangan beracun yang terdapat dalam tubuh akibat dari kualiti udara yang tidak sihat serta gaya pemakanan yang tidak seimbang dalam kehidupan seharian. 

Toksin yang terkandung terlalu lama dalam tubuh akan mempengaruhi stamina dalam aktiviti seharian masalah penuaan dan masalah kesihatan lain.

Tanda-tanda toksin berlebihan dalam badan :-

  • daya ingata yang lemah dan mudah rasa cemas
  • masalah migrain dan sakit kepala
  • kenaikan berat badan; selulit
  • sistem imunisasi yang lemah, alahan dan masalah sinus
  • sering mengalami keletihan dan kurang bertenaga
  • masalah nafas dan mulut berbau
  • masalah insomnia (sukar tidur!)
  • masalah pencernaan (sembelit, perut kembung)

JADI, APA PERLU DIBUAT?


Detoks adalah proses penyingkiran bahan buangan atau toksin yang tidak diperlukan dari tubuh. Ianya dapat memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan lebih efektif dan
kulit lebih segar dan bersih.

Tahukah anda, cara terbaik untuk melakukan proses detoks ini adalah selama 40 hari. Ini kerana tubuh memerlukan masa untuk menyingkirkan segala racun dan bahan toksin dalam tubuh. Disebabkan itulah ramai menyifatkan puasa adalah cara detoks terbaik untuk tubuh.

Untuk anda yang ingin kurus, DETOKS adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan bagi membersihkan usus supaya penyerapan vitamin berlaku dengan lebih berkesan dan lebih optimum.

No comments:

Post a Comment