Monday 19 January 2015

Cara Mengatasi Tekanan



"Arghhhhh,tensionnnnnnn!!". Stress atau tekanan perasaan akan membuatkan anda mengalami masalah kemurungan dan kesedihan. Ianya berlaku atas beberapa faktor seperti masalah percintaan, kerja, keluarga, rakan-rakan dan sebagainya. Jika anda inginkan kehidupan yang bahagia dan ceria, kita harus bijak dalam mengatasi perasaan berikut.

Disini ada beberapa tips yang ingin dikongsi, semoga bermanfaat :-

a) Jangan tinggal Solat
Bagi yang beragama Islam, menunaikan solat 5  waktu setiap hari adalah menjadi kewajipan yang perlu ditunaikan selain menunaikan solat-solat sunat. Dan jangan lupa untuk menadah tangan berdoa supaya diberi petunjuk dalam menyelesaikan masalah.

b) Sentiasa berfikiran Positif
Sedih? Murung? kenapa perlu bersedih?
Anggap sahaja dugaan dari sudut positif  dan mengaggap setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kuatkan semangat dan mengubah diri untuk menjadi lebih baik.

c) Kawal Emosi
Dalam keadaan tekanan, biasanya mood seseorang itu akan sentiasa berubah-ubah. Adakala dalam mood marah, sedih dan jiwa kecamuk.  Dalam keadaan ini, adalah penting untuk kawal emosi dan tidak bertindak mengikut perasaan. 

d) Bersendirian
Jiwa yang bercelaru perlu diatasi dengan ketenangan. Ambil masa untuk bersendirian dengan berehat ke tempat-tempat yang dapat membantu merehatkan minda dan membuat keputusan dengan fikiran rasional

e)Luangkan masa bersama yang tersayang
Dalam keadaan tekanan, sokongan dari mereka yang tersayang terutama dari keluarga dan rakan-rakan adalah sangat diperlukan. Melakukan aktiviti bersama seperti makan malam dan beriadah dapat menimbulkan suasan ceria dan tenang.

No comments:

Post a Comment