Wednesday 12 March 2014

Tips Kekal Cantik dan Muda


Bismillah...

Bila sebut pasal canti..sapelah yang tak nak cantik kan...ye dak???
Fitrah manusia, memang manusia mahu kekal cantik nak-nak orang perempuan, sbb itulah ramai yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit dan melakukan pembedahan yang
menyakitkan semata-mata nak nampak cantik. 

Memanglah menjadi amanah kita utk menjaga segala yang dihadiahkan oleh Allah swt sebaiknya tp agak-agakla yer, kalau da sampai mengubahkan kejadian-Nya tuh dah tak elok dah tu..di kira berdosa taw. Nauzubillah minta-minta dijauhkan

Oklah, taknak membebel panjang..hari nie saya nak share beberapa tips utk mengekalkan keserian wajah secara semulajadi dan yang penting tak menyakitkan taw!!?

TIPS CANTIK DAN MUDA

A) RAWATAN PAGI DAN MALAM 
Kulit wajah yang bersih semestinya dapat menyerap nutrisi dengan lebih cepat dan maksima. Tak kira setiap pagi dan malam, kebersihan kulit amat-amatlah perlu dititik beratkan. Jom ikuti rutian harian yang perlu dilakukan utk mendapatkan kulit yg cantik :-

PAGI - cuci muka menggunakan air suam dan muka perlu dilap menggunakan tuala bersih
              bagi mengelakkan bakteria merebak.
           - memilih pencuci wajah yang bersesuai dengan kulit wajah
           - menggunakan penyegar selepas mencuci muka untuk menutup kembali liang-
              liang roma yang terbuka ketika mencuci wajah
           - tidak dilupa krim perlindung untuk melindungi kulit dari sinaran cahaya matahari
              yang boleh menyebabkan kerosakan kulit dan pigmentasi.

MALAM - cuci wajah dengan bersih terutama untuk membuang sisa solekan.
                 - menggunakan penyegar muka untuk menutup kembali liang roma yang terbuka
                - menitik beratkan penggunaan krim malam serta krim mata untuk membaiki 
                   wajah ketika tidur.

B) Produk Anti-Penuaan
Penggunaan produk anti-penuaan perlu dimulakan sedari awal iaitu sekitar usia 20-an. Tetapi produk tersebut hendaklah dipilih sesuai mengikut usia kerana bahan yang tekandung d dalamnya dapat membantu melambatkan proses penuaan.
Dalam masa yang sama, tidak mengabaikan pola pemakanan dan mempraktikkan gaya hidup sihat.

C) Senaman
Akibat tekanan kerja dan persekitaran yang tidak menentu menyebabkan "stress" atau tekanan sekaligus membuatkan otot-otot wajah menjadi tegang dan mudah menimbulkan kedutan. Tahukah anda, mengunyah makanan lebih lama dan perlahan dikira sbg senaman wajah dimana gerakan otot ini selain bagus untuk metabolisme tubuh dan penghadaman.

E) Rehat yang berkualiti
Menjaga kualiti tidur dapat membolehkan tubuh berehat selain memproses dan memperbaiki sel di dalam tubuh. Justeru itu, tidur yang berkualiti adalah selama 6-7 jam sehari. Ketika tidur, hendakla pastikan bilik tidur dalam keadaan selesa, hindari tidur dalam keadaan televisyen atau lampu terpasang, sebarang bunyi-bunyian untuk memastikan anda berehat secukupnya.

F) Khasiat air putih
Acapkali diberitahu, tentang kebaikan air putih untuk kecantikan kulit . Semestinya pengambilan air putih secukupnya iaitu 3L sehari merupakan perkara WAJIB yang perlu dilakukan. Air putih mengandungi hidrogen, oksigen dan mineral yang dapat membantu melancarkan peredaran darah, membuang toksin dalam badan dan menghasilkan hormon yang baik. Akibat kekurangan air, akan menyebabkan kulit kering, kulit tampak kusam dan mempercepatkan proses penuaan.

G) PENGAMBILAN VITAMIN
Pengambilan vitamin A, C dan E yang secukupnya akan dapat membantu mendapatkan kulit yang sihat, bersih dan awet muda. Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dapat membantu melindungi dan memperbaiki sel-sel tubuh untuk awet muda.

Gambar Hiasan




No comments:

Post a Comment