Wednesday 12 March 2014

Adakah Kita Perlukan Supplement?



Pernahkah kita terfikir adakah makanan yang kita ambil mencukupi zatnya untuk menampung keperluan tubuh? Tanpa kita sedar, peningkatan taraf hidup dan ekonomi menyebabkan lambakan makanan. Di ambil kira jadual kehidupan yang sentiasa sibuk menyebabkan soal penjagaan kesihatan dan kesempurnaan pemakanan terabai.

Akibat kekangan tersebut juga, ramai antara kita yang cuba untuk mendapatkan makanan yang berkualiti dan terbaik untuk membantu menguruskan kehidupan tetapi sebenarnya masih gagal menjaga pemakanan dengan sempurna. 

Kebanyakkan dari kita sedar dan tahu pemakanan yang kaya dengan vitamin dan mineral yang seimbang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Tetapi ramai juga antara kita yang mengambil mudah perkara ini dan mengabaikannya. Oleh sebab itu, sikap sebegitu sepatunya diubah! Pengambilan vitamin dapat membantu mengatasi masalah ini kerana seperti sedia maklum pengambilan multivitamin yang diambil setiap hari dapat menyediakan seribu satu kebaikan untuk kesihatan dan dalam jangka masa panjang dapat menampung keperluan zat pemakanan yang kurang dalam pemakanan anda.

KEPERLUAN SUPPLEMENT UNTUK TUBUH

Tanpa kita sedar, peningkatan usia menyebabkan kandungan nutrien juga berubah. Kajian menunjukkan bahawa walaupun individu tersebut mengamalkan pemakanan yg sihat penuh dengan vitamin tetapi ia tetap tidak dapat memenuhi keperluan tubuh terutama sekali di dalam kesibukan dan keadaan individu tersebut.

Maka sebab itu, supplement memainkan fungsi dan peranan yang penting dalam memastikan ia memberi manfaat kepada tubuh.
Secara umum, supplement dapat membantu dari segi :-

  • meningkatkan tahap tenaga
  • menjaga kesihatan jantung
  • meningkatkan sistem imunisasi badan
  • untuk kesihatan mata dan penglihatan
  • menjaga kualiti kulit sihat
Selain itu, ia juga dapat merawat penyakit yang berkaitan dengan masalah kekurangan vitamin . Antara individu yang sangat digalakkan mengambil vitamin ialah :-
  • pengamal diet yo-yo
  • wanita hamil dan menyusu anak
  • pesakit yg pelu mengikuti jadual pemakanan yg telah ditetapkan
  • perokok
  • pengamal vegetarian
  • peminum alkohol yang kerap
  • warga tua yg tidak boleh menyerap vitamin B12
  • golongan yang kerap memakan masakan yang dimasak panas. Ini kerana vitamin hilang dalam proses memasak.
Sebutir supplement multivitamin setiap hari dapat menampung keperluan zat tubuh. Malah ini juga merupakan kaedah yang paling berkesan untuk menggalakkan pengambilan mikronutrien. Perlu diingatkan, ketika mahu membeli multivitamin, anda disarankan untuk melihat gabungan vitamin dan mineral yang ada dan bukannya jumlah vitamin dan mineral yang terkandung didalamnya.

Pengetahuan ini sangat penting kerana supplement multivitamin yang baik seharusnya mempunyai gabungan zat pemakanan yang seimbang adn memenuhi keperluan vitamin dan mineral teras. Hanya dengan cara itu, barulah tubuh akan memperolehi semua kebaikannya

sumber :  Pa&Ma

2 comments:

  1. Alhamdulillah.. perkongsian yang menarik... :) Kalau berkesempatan lawati blog saya kindhearty.blogspot.com. Tq.

    ReplyDelete