Sunday 1 June 2014

Tips Penjagaan Wajah

 



5 TIPS PENJAGAAN WAJAH

  1. Jangan sesekali melupakan bahagian leher ketika mencuci muka. Ini adalah antara bahagian yang akan menunjukkan reaksi masalah kulit terutama masalah penuaan jika tiada penjagaan khusus.
  2. Pemakaian penyegar adalah sangat penting kerana pada waktu inilah kita dapat melihat sama ada kulit kita benar-benar telah bersih atau tidak. Hendaklah menyapu penyegar hingga tiada lagi kekotoran terlekat di kapas. Pastikan juga, ketika membasahkan kapas dengan penyegar, kapas tersebut perlulah 70% diliputi penyegar
  3. Hendaklah ingat, setiap apa bahan yang disapu di kulit wajah perlu menghala ke atas bagi memudahkan kulit menerima segala nutrien yang terkandung di dalam pelembap. Jangan sesekali menarik kulit ke bawah kerana ia akan menyebabkan kulit cepat kendur dan kurang keanjalan.
  4. Bahagian mata adalah bahagian yang sangat sensitif perlu diberi penjagaan khusus. Ketika menyapu pelembap, jangan sesekali menyapu dibahagian sekitar mata. Hanya krim yang khusus sahaja yang boleh disapu di bahagian itu. 
  5. Jangan sesekali memakai krim pelindung suria pada waktu pagi dan juga pemakaian krim malam sebelum tidur agar kulit kelihatan segar pada keesokan hari. Adalah rumit bagi anda yang mengabaikan penjagaan malam kerana ia adalah satu bonus untuk memulihkan keadaan kulit setelah sepanjang hari terdedah kepada pancaran cahaya matahari dan radikal bebas

No comments:

Post a Comment